Kesesuaian homestay sebagai Pusat Latihan Pendidikan Luar di Johor Darul Ta'zim

Mohd Jidi, Kamarolzaman (2011) Kesesuaian homestay sebagai Pusat Latihan Pendidikan Luar di Johor Darul Ta'zim. PhD thesis, Universiti Selangor.

[img]
Preview
PDF
645Kb

Abstract

Kajian ini meninjau tahap pengurusan homestay, kemudahan-kemudahan yang disediakan, perlaksanaan aktiviti Latihan Pendidikan Luar serta tahap perlaksanaan elemen utama sebagai Pusat Pendidikan Luar kepada pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi. Kajian ini dijalankan di Homeatay Tawar Fam & Plantation, Muar dan Homestay Sarang Buaya, Batu Pahat. Sampel kajian adalah seramai 21 orang pengusaha 258 orang pelajarlpengunjung homestay dan seramai 45 penduduk di sekitar homestay berkenaan. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan kaedah soal selidik sebagai kaedah utama bagi mengumpulkan data. Manakala kaedah temubual bersemuka dan pemerhatian digunakan sebagai penguat data yang diumskan melalui temua-bual bersemuka. Data yang diperolehi melalui borang soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk analisis statistik deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Science version 17. Taburan skor min telah digunakan bagi menentukan aras pengumsan homestay oleh pengurus homestay, aras kemudahan-kemudahan yang disediakan di homestay, perlaksanaan aktiviti Latihan Pendidikan Luar oleh pihak homestay serta tahap perlaksanaan elemen utama sebagai Pusat Pendidiian Luar oleh homestay. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap pengurusan homestay, kemudahan, perlaksanaan aktiviti pendidikan luar, dan perlaksanaan elemen utama sebagai Pusat Pendidikan Luar oleh homestay adalah berada pada tahap yang tinggi. Di akhir kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak homestay bagi tujuan penambahbaikan. Kajian ini tumt menyatakan beberapa cadangan kepada pihak institusi pengajian tinggi berkenaan pendidikan luar serta kepada masyarakat kampung untuk meningkatkan dan menyokong perlaksanaan pendidikan luar di homestay. Cadangan untuk penyelidikan akan datang juga ada dinyatakan.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:T Technology > T Technology (General)
ID Code:2382
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:07 May 2012 08:54
Last Modified:07 May 2012 08:54

Repository Staff Only: item control page