Tahap kesedaran pelajar tentang isu gangguan seksual dan kesannya terhadap pembelajaran

Mohd Hasmi, Mohd Hazreel (2003) Tahap kesedaran pelajar tentang isu gangguan seksual dan kesannya terhadap pembelajaran. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
MOHD HAZREEL MOHD HASMI - 24p.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD HAZREEL MOHD HASMI - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (244kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD HAZREEL MOHD HASMI - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Isu gangguan seksual di tempat keqa memang sudah terlalu banyak diperkatakan namun secara sedar atau tidak gangguan seksual juga sebenarnya sudah lama menular ke institusi-mstitusi pendidikan dan keadaan ini sebenarnya sudah boleh dianggap merbahaya kerana secara tidak langsung ia boleh mengancam dan mengganggu gugat proses pembelajaran pelajar dan juga kelancaran sistem pengajaran sesebuah institusi pendidikan itu. Justeru itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji sejauh manakah tahap kesedaran pelajar Diploma Pelancongan, Politeknik Johor Bharu (PJB) tentang isu gangguan seksual yang wujud di institusi-institusi pendMikan. Selain daripada itu, kajian mi juga dihasilkan untuk mengkaji kewujudan kesan-kesan negatif terhadap pembelajaran akibat diganggu secara seksual serta mengkaji keperluan diwujudkan satu produk Buku Panduan Keselamatan Gangguan Seksual di Institusi Pendidikan sebagai salah satu mekanisma bimbingan yang boleh digunakan oleh para pelajar, pensyarah dan kakitangan di Politeknik Johor Bharu untuk mempertahankan diri. Dengan menggunakan instrumen borang soal selidik dan temuramah, seramai 100 orang responden dipilih yang terdiri daripada para pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, PJB. Menerusi kajian yang dijalankan, didapati kebanyakkan pada responden pernah mengalami gangguan seksual tetapi malangnya ianya agak sukar untuk disedari. Tahap kesedaran para pelajar tentang kewujudan gangguan seksual di institusi pendidikan juga masih di tahap sederhana dan perlukan perhatian daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap kesedaran mereka. Gangguan seksual juga dikenalpasti sebagai penyumbang kepada kesan negatif terhadap pembelajaran mangsa. Keperluan diwujudkan sebuah Buku Panduan Keselamatan Gangguan Seksual mendapat sambutan baik dari semua pelajar sebagai mekanisma mencegah dan seterusnya membanteras gejala gangguan seksual yang boleh dianggap sebagai racun perosak kepada ketenteraman suasana pembelajaran di dalam kampus.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC65-245 Social aspects of education > LC189-214.53 Educational sociology > LC212-212.863 Discrimination in education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 01 Nov 2021 00:43
Last Modified: 01 Nov 2021 00:43
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2404

Actions (login required)

View Item View Item