Kualiti perkhidmatan pengurusan Pendidikan Sains dan Matematik dalam Wawasan Pendidikan Negara

Nik Yusuff, Nik Azmah (2007) Kualiti perkhidmatan pengurusan Pendidikan Sains dan Matematik dalam Wawasan Pendidikan Negara. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
PDF
828Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kualiti perkhidmatan pengurusan pendidikan sains dan matematik pengetua-pengetua sekolah di Johor. Juga sama ada terdapat perbezaan kualiti perkhidmatan di antara pengetua sains dan pengetua bukan sains, dari persepsi guru yang berlainan jawatan, pengalaman mengajar, mata pelajaran dan tingkatan mengajar. Kajian ini menggunakan Model Kualiti Perkhidmatan SERVPERF oleh Cronin dan Taylor. Kajian difokuskan kepada empat perkhidmatan iaitu pengurusan pentadbiran suasana sekolah, pengurusan dan kepimpinan, pengurusan sumber, dan pengurusan keselamatan makmal. Sampel kajian ialah 705 orang guru sains dan matematik dari 40 buah sekolah yang diketuai oleh pengetua sains dan 40 buah sekolah lagi diietuai oleh pengetua bukan sains. Instrumen kajian ialah soal selidii yang mempunyai nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach mengikut komponen dalam setiap bahagian dari 0.84 ke 0.98. Penganalisisan data dibuat menggunakan program SPSS-Windows versi 11.5. Statistik inferensi ialah Ujian-t dan ANOVA. Kajian ini mendapati kualiti perkhidmatan pengurusan pendidikan sains dan matematik di sekolah secara keseluruhan adalah pada tahap tinggilbaik. Terdapat juga beberapa sub-aspek dalam pengurusan pentadbiran suasana sekolah dan pengurusan sumber seperti penekanan kepada sains dan matematik, persekitaran ke rja yang mesra dan kemudahan sumber manusia yang berada pada tahap kualiti sangat tinggi/cemerlang. Bagi kualiti perkhidmatan mengikut dimensi, susunan menurun bagi kelima-lima dimensi ialah jaminan, diikuti bersama oleh kebolehpercayaan dan keketaraan, kemudian kepekaan dan terendah ialah empati. Juga kajian ini mendapati secara keseluruhannya nilai indeks kualiti perkhidmatan pengurusan pengetua sains adalah lebih tinggi dan berbeza secara signifikan pada aras kesignifianan 0.05 daripada pengetua bukan sains.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:L Education > L Education (General)
ID Code:2413
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:02 Apr 2012 15:57
Last Modified:02 Apr 2012 15:57

Repository Staff Only: item control page