Penggunaan jenis-jenis penilaian oleh pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar

Ahmad, Noor Afzan and Yahya, Noorhayani and Tan, May Ling (2001) Penggunaan jenis-jenis penilaian oleh pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
NOOR AFZAN AHMAD - 24p.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NOOR AFZAN AHMAD - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (637kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NOOR AFZAN AHMAD - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Penilaian ialah satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang st'artegi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan denagn tujuan mengambil tindakan yang sewajamya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Penilaian terdiri daripada empat iaitu pra penempatan, formatif, diognastik dan sumatif. Keempat-empat jenis penilaian ini mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Melalui dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah lelaki lebih banyak menggunakan jenis-jenis penilaian dalam bilik kuliah iaitu min 3.37 berbanding dengan pensyarah perempuan iaitu min 3.28. Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak 47 % responden mempunyai pengetahuan tentang penilaian pendidikan jenis objektif, 6 4 % responden mengaplikasikan jenis penilaian kaedah lisan dalam aktiviti pengajaran dan 84 % responden bersetuju bahawa penilaian pendidikan telah dapat meningkatkan mutu diri pensyarah dalam aktiviti pengajaran. Manakala 2.7 % responden tidak bersetuju bahawa pelajar diberi masa yang mencukupi sebelum sesuatu jenis penilaian dilakukan. Sehubungan dengan itu pengkaji mencadangkan supaya pensyarah-pensyarah didedahkan dengan penggunaan jenis-jenis penilaian untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan dalam usaha membina jenis-jenis ujian dengan lebih bermutu. Pensyarah juga digalakkan untuk melakukan jenis-jenis penilaian dalam bilik kuliah. Selain daripada itu, pensyarah juga perlu memastikan pelajar sentiasa bersedia untuk dibuat penilaian. Seterusnya pensyarah perlu mempelbagaikan jenis-jenis penilaian pendidikan dalam aktiviti pengajaran bagi mengesan peringkat penguasaan dan kemajuan pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 01 Nov 2021 00:54
Last Modified: 01 Nov 2021 00:54
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2418

Actions (login required)

View Item View Item