Misnan, Nur Iliza (2003) Penghasilan dan penilaian kesesuaian borang penilaian kokurikulum di sebuah politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
NUR ILIZA MISNAN - 24p.pdf Download (1MB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
NUR ILIZA MISNAN - declaration.pdf Restricted to Repository staff only Download (736kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
NUR ILIZA MISNAN - fulltext.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertajuk "Penghasilan dan Penilaian Kesesuaian Borang Penilaian Kokurikulum di Sebuah Politeknik" telah dilaksanakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah, Jitra. Kajian ini menjurus kepada mendapatkan maklumbalas daripada semua tenaga pengajar dan pensyarah berkenaan Borang Penilaian Kokurikulum daripada mereka yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di POLIMAS. Borang berkenaan telah dinilai oleh 42 orang responden daripada 44 orang populasi yang dipilih. Dengan menggunakan borang soal selidik ini, sebanyak 28 soalan telah digunakan untuk menjawab tiga persoalan kajian pengkaji. Bagi tujuan analisis data, Statistical Packages For Social Science (SPSS Version 11.0) telah digunakan . Seterusnya pengkaji telah menggunakan analisis skor min untuk menghuraikan setiap dapatan yang diperolehi. Hasil dapatan analisis telah menunjukkan semua responden bersetuju dengan penghasilan borang berkenaan terutamanya dari empat aspek utama iaitu penggunaan bahasa, kesesuaian format, kaedah pemarkahan menggunakan formula dan kesesuaian penggunaan borang ini di masa akan datang. Menerusi maklumbalas yang dikemukakan juga terdapat cadangan beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan dilakukan agar Borang Penilaian Kokurikulum berkenaan mampu memberi nilai kepada pencapaian pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Selaras dengan itu juga, adalah diharapkan Borang Penilaian Kokurikulum ini akan diimplementasikan seluruh politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB3602-3640 School life. Student manners and customs |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Miss Nur Rasyidah Rosli |
Date Deposited: | 01 Nov 2021 00:57 |
Last Modified: | 01 Nov 2021 00:57 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2423 |
Actions (login required)
View Item |