Alihan kerjaya pekerja bidang teknikal kepada bidang pendidikan dalam kalangan pengajar MTUN

Mat Aris, Siti Khairani (2012) Alihan kerjaya pekerja bidang teknikal kepada bidang pendidikan dalam kalangan pengajar MTUN. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SITI KHAIRANI MAT ARIS.pdf

Download (448kB) | Preview
[img] Text (Full Text)
SITI KHAIRANI MAT ARIS WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Dalam menghadapi arus pembangunan, tumpuan negara adalah memastikan terdapatnya satu adunan yang seimbang antara golongan professional dan separa professional terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor alihan kerjaya pekerja bidang teknikal kepada bidang pendidikan. Tumpuan kajian berdasarkan empat aspek utama iaitu aspek pendidik, aspek dorongan, aspek skim perkhidmatan dan permasalahan di tempat kerja lama. Kajian ini juga meninjau hubungan antara faktor-faktor tersebut dengan keputusan memilih bidang pendidikan berdasarkan variabel jantina. Data kajian diperolehi melalui 41 item soal selidik yang diedarkan kepada 123 orang tenaga pengajar di Universiti Tunn Hussein Onn. Semua responden mempunyai pengalaman bekerja di bidang teknikal sebelum memasuki bidang pendidikan. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science). Statistik kekerapan, skor, peratusan, min dan juga Ujian-T digunakan untuk menjawab beberapa persoalan kajian. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor kerjaya pendidik itu sendiri merupakan faktor pendorong yang paling utama, kemudian diikuti dengan faktor ganjaran dan faktor dorongan. Bagi aspek permasalahan di tempat kerja lama, dimensi kekangan masa dan bebanan tugas dilihat sebagai faktor utama yang membawa kepada perletakan jawatan dan alihan kerjaya bidang teknikal kepada bidang pendidikan. Hasil analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor�faktor yang terlibat dengan variabel jantina. Berdasarkan dapatan yang telah diperolehi, diharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan beberapa cadangan telah diusulkan pada kajian lanjutan agar dapat menyelesaikan permasalahan yang wujud dalam kalangan tenaga pengajar di MTUN

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business > HF5381-5386 Vocational guidance. Career development
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 01 Nov 2021 01:28
Last Modified: 01 Nov 2021 01:28
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2464

Actions (login required)

View Item View Item