Memupuk kesedaran dan minat di kalangan pelajar UTHM terhadap Kejuruteraan Elektrik Kuasa melalui tugasan BEE 3243

Jumaat, Siti Amely and Mohd Jamail, Nor Akmal and Aziz , Roziah and Hamdan, Rohaiza and Mohd Noh , Faridah Hanim Memupuk kesedaran dan minat di kalangan pelajar UTHM terhadap Kejuruteraan Elektrik Kuasa melalui tugasan BEE 3243. Compilation of Papers 2009 - VOLUME 2 .

[img]
Preview
PDF
276Kb

Abstract

Bidang Sains merupakan satu bidang yang dianggap penting dalam usaha mengekalkan pembangunan ekonomi, memperbaiki tahap hidup dan keselamatan negara. Namun begitu 42.3% rakyat Malaysia (laporan Kajian Kesedaran Awam terhadap Sains dan Teknologi 2004) berpendapat bahawa matapelajaran sains adalah sukar untuk lulus dan juga sukar untuk difahami . Untuk mengatasi masalah ini pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Fakulti IKejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menjalankan satu kajian tentang kesedaran dan minat pelajar terhadap tugasan projek mini matapelajaran kejuruteraan elektrik kuasa. Kajian telah dilaksanakan keatas pelajarpelajar Tahun 3 Semester I1 Sesi 2008/2009 yang mengambil rnatapelajaran Sistem Kuasa Elektrik (BEE 3243). Pelajar telah diminta menyiapkan tugasan projek mini yang menyumbang 15% dan dilaksanakan dalam bentuk perkumpulan. Daripada kaji selidik yang dijalankan ke atas 199 pelajar didapati 183 pelajar bersetuju bahawa mereka mempunyai minat dan semangat yang mendalam bagi menyempurnakan projek ini, 163 pelajar pula menyatakan bahawa tugasan projek mini dapat - meningkatkan motivasi diri untuk mencapai kecemerlangan dan 85% pelajar telah berjaya menjawab dengan betul soalan peperiksaan yang mernpunyai kaitan (1 dengan projek mini tersebut. Kesimpulannya tugasan seperti ini patut diadakan mernandangkan pensyarah kini tidak hanya tertumpu kepada pengajaran di kuliah semata-mata dan secara tidak langsung boleh memupuk dan meningkatkan kesedaran serta rninat terhadap sains dan teknologi umumnya dan bidang kejuruteraan elektrik kuasa lkhususnya. Selain itu ia juga mernbantu peningkatan pencapaian akademik pelajar kearah kecernerlangan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:projek mini; kejuruteraan kuasa; sains; teknologi; pengajaran; pembelajaran
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
ID Code:2487
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:07 May 2012 08:42
Last Modified:07 May 2012 08:42

Repository Staff Only: item control page