Mesin pengupas kulit ubi kayu

Shaharin, Nurul Fatin Najwa and Lee, Ming Foong (2020) Mesin pengupas kulit ubi kayu. In: Idea dan Inovasi Projek Elektrik dan Elektronik dalam TVET. Penerbit UTHM, pp. 36-45. ISBN 978-967-2389-77-4

[img] Text
Bab05.pdf
Restricted to Registered users only

Download (712kB) | Request a copy

Abstract

Pengusaha kerepek ubi kayu sering mengupas kulit ubi kayu secara manual iaitu dengan menggunakan pisau tangan. Kaedah mengupas secara manual ini memakan masa yang panjang dan memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Sehubungan dengan itu, projek ini dilaksanakan untuk mereka bentuk, membangunkan, dan menguji kebolehfungsian mesin pengupas kulit ubi kayu. Produk ini mampu mempercepatkan proses mengupas kulit ubi kayu dan juga menjamin kebersihan makanan yang dihasilkan. Proses pembangunan mesin pengupas kulit ubi kayu ini berlandaskan model Design Sprint Methodology yang terdapat enam fasa iaitu fasa faham, takrif, lakar, keputusan, prototaip dan pengesahan. Perisisan AutoCAD digunakan untuk mereka bentuk prototaip mesin pengupas ini. Mesin ini di bangun dengan menggunakan 775 Motor DC dan sistem kawalan kelajuan motor DC teknik PWM. Pengujian pula dilakukan bagi memastikan mesin berfungsi dan selamat untuk digunakan. Mesin ini telah mendapatkan pengesahan daripada tiga orang pakar yang terdiri daripada dua orang pensyarah dan seorang pengusaha kerepek ubi kayu. Secara keseluruhan, mesin pengupas kulit ubi kayu ini berfungsi dengan baik.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Electric apparatus and appliances; Electronics; Government publications-Malaysia
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK452-454.4 Electric apparatus and materials. Electric circuits. Electric networks
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 23 Nov 2021 07:04
Last Modified: 23 Nov 2021 07:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2490

Actions (login required)

View Item View Item