Tuan Ibrahim, Tuan Mohd Hafeez and Ab. Rahman, Rosdi and Ahmad, Muhammad Shukri and Sarif, Muhammad Iqmal and Mohd Zain, Muhamad Nazim and Saniman, Mohamad Shafiq (2020) Mesin pembungkus nasi lemak. In: Inovasi Reka Bentuk Mesin Industri. Penerbit UTHM, pp. 1-18. ISBN 978-967-2389-80-4
Text
Bab01.pdf Restricted to Registered users only Download (884kB) | Request a copy |
Abstract
Pada era globalisasi ini, makanan tradisi melayu semakin berkembang dengan permintaan yang sentiasa meningkat saban tahun. Promosi hebat dan kesan media sosial telah menyebabkan tarikan yang kuat terhadap makanan tradisional Malaysia ditambah pula dengan kaedah hiasan yang kreatif dan menarik. Antara makanan tradisi melayu yang mendapat permintaan tinggi adalah Nasi Lemak. Nasi Lemak sangat sinonim dengan negara Malaysia sehinggakan ianya menjadi menu tetap sarapan pagi bagi setiap gerai mahupun hotel di negara kita. Penjualan nasi lemak sangat popular dan meluas. Permintaannya meningkat bukan sahaja di dalam negara, bahkan di peringkat antarabangsa juga nasi lemak mempunyai peminatnya yang tersendiri. Bagi syarikat penerbangan milik Malaysia seperti Airsia dan MAS, Nasi Lemak menjadi pilihan hidangan untuk penumpangnya yang terdiri daripada pelbagai warganegara serata dunia. Selain itu, faktor berlakunya peningkatan permintaan terhadap nasi lemak adalah kerana ianya tidak lagi hanya menjadi menu sarapan pagi semata-mata, malah ia juga menjadi menu makanan sepanjang masa sehingga ke lewat malam.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Machine design; Industrial design; Government publications--Malaysia |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ1125-1345 Machine shops and machine shop practice |
Divisions: | Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering > Department of Mechanical Engineering |
Depositing User: | Mrs. Siti Noraida Miskan |
Date Deposited: | 23 Nov 2021 07:06 |
Last Modified: | 23 Nov 2021 07:06 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2505 |
Actions (login required)
View Item |