Yahya, Mohd Shahir and Mohamad, Mahmod Abd Hakim and Kamaruddin, Syamsul Azrin and Mohd Nadzri, Muhammad Haziq Khairunnas and Razali, Nur Afiq and Mohd Suhaimin, Muhammad Syamil Hakim (2020) Khemah mangsa banjir patuh syariah. In: Inovasi Reka Bentuk Mesin Industri. Penerbit UTHM, pp. 47-60. ISBN 978-967-2389-80-4
Text
Bab04.pdf Restricted to Registered users only Download (694kB) | Request a copy |
Abstract
Kebelakangan ini semakin kerap bencana banjir yang melanda negara Malaysia. Bencana banjir yang berlaku ini, sama ada daripada tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab mahupun faktor iklim, kedua-duanya membawa kepada akibat yang besar kepada sesebuah masyarakat. Keadaan semakin buruk dengan fenomena La Nina yang menyebabkan hujan lebat selain musim tengkujuh yang sering berlaku di bahagian pantai timur negara [1]. Penduduk yang berada di negeri-negeri yang mengalami banjir mengalami masalah yang sama. Tinggal di dalam khemah mangsa banjir sudah menjadi lumrah bagi mereka di sesetangah kawasan yang mengalami banjir yang teruk. Projek ini bertujuan membina sebuah khemah khususnya bagi penempatan mangsa banjir yang melanda negara. Projek yang dijalankan ini merujuk kepada segala permasalahan yang wujud di kalangan mangsa–manga banjir sendiri. Kumpulan sasaran adalah mangsa banjir yang berada di negeri yang sering mengalami banjir seperti di Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang. Objektif projek Khemah patuh Syariah ini adalah untuk membantu para mangsa dalam memberi satu keselesaan khususnya bagi mereka yang berkeluarga dan para wanita. Keselesaan yang dimaksudkan adalah fleksibiliti untuk menunaikan solat, mengambil wudhuk dan menukar pakaian. Projek ini diinovasi daripada khemah IM4U (1Malaysia For Youth) milik kerajaan yang telah digunakan bagi penempatan sementara mangsa banjir di Malaysia. Data-data dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Melalui borang kajian yang diedarkan serta selepas dikaji secara teliti didapati bahawa masih ada kekurangan yang perlu dititikberatkan demi memberi keselesaan yang sepatutnya kepada mangsa banjir ini.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Machine design; Industrial design; Government publications--Malaysia |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ1125-1345 Machine shops and machine shop practice |
Divisions: | Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering > Department of Mechanical Engineering |
Depositing User: | Mrs. Siti Noraida Miskan |
Date Deposited: | 23 Nov 2021 07:06 |
Last Modified: | 23 Nov 2021 07:06 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2509 |
Actions (login required)
View Item |