Ismail, Suhairi and Mohammad Noor, Hafsa and Omar, Amin Shah and Benmahfouz Azhar, Aisyah Azhar and Zainuddin, Nurul Hidayah Natasha and Raman, Nurulnastashah (2020) Alat pengutip buah. In: Inovasi Reka Bentuk Mesin Industri. Penerbit UTHM, pp. 61-78. ISBN 978-967-2389-80-4
Text
Bab05.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Sektor pertanian merupakan sektor penting dalam kehidupan sebahagian besar masyarakat Malaysia. Oleh itu, sektor ini harus dikembangkan seiring dengan pertambahan jumlah penduduk dan perkembangan teknologi bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil pertanian. Produktiviti dan kualiti hasil pertanian berperanan besar dalam pembangunan terutama untuk memenuhi keperluan dan permintaan. Seiring dengan itu, terdapat banyak alatan pertanian yang boleh didapati dipasaran bagi memudahkan dan meningkatkan lagi hasil pertanian. Salah satu alatan yang berada dipasaran kini ialah alat pemetik buah. Hal ini kerana buah-buahan yang berada dipokok yang tinggi (kebiasaannya pokok mangga tradisional yang tidak dikawal ketingian dengan membuat cantasan) sukar untuk dipetik tanpa menjejaskan kualiti buah tersebut. Kebiasaannya, buah-buah ini dipetik dengan menggunakan cara tradisional iaitu dengan memanjat atau menggunakan tangga bagi mengelakkan buah tersebut jatuh ke tanah lalu mengalami kerosakkan. Rajah 5.1 menunjukkan pekebun memetik buah mangga yang matang dengan menggunakan tangga sementara Rajah 5.2 menunjukkan buah mangga dipetik dengan kaedah memanjat pokok. Walaubagaimanapun, cara ini adalah sangat berbahaya dan mengancam nyawa (Fanni, 2012). Selain itu, buah-buahan ini juga dipetik menggunakan galah bercangkuk, menurut Abu Goukh dan Mohamed (2004), kaedah penuaian yang biasa adalah dengan meyentap buah dengan cangkuk yang dipasang pada galah panjang. Buah yang jatuh ke tanah menyebabkan lebam dan kecederaan pada buah, ianya akan menyebabkan buah menjadi tidak menarik serta jangka hayat yang lebih pendek. Oleh itu, satu alat inovasi telah direka cipta bagi menyelesaikan masalah memetik buah mangga yang berada pada pokok yang tinggi tanpa perlu membahayakan nyawa dan menjejaskan kualiti buah yang dipetik.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Machine design; Industrial design; Government publications--Malaysia |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ1125-1345 Machine shops and machine shop practice |
Divisions: | Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering > Department of Mechanical Engineering |
Depositing User: | Mrs. Siti Noraida Miskan |
Date Deposited: | 23 Nov 2021 07:07 |
Last Modified: | 23 Nov 2021 07:07 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2510 |
Actions (login required)
View Item |