Kassim, Noraniah and Basharie, Siti Mariam and Fauzi, Muhamad Razizy and Abd Rashid, Muhamad Hazim and Mashuri, Muhammad Amirul Adli and Mohd Rizal, Muhammad Faisal (2020) Alat pemungut tandan kelapa sawit darjah kebebasan. In: Inovasi Reka Bentuk Mesin Industri. Penerbit UTHM, pp. 105-114. ISBN 978-967-2389-80-4
Text
Bab08.pdf Restricted to Registered users only Download (898kB) | Request a copy |
Abstract
Kelapa sawit merupakan tanaman yang menyumbang kepada industri penghasilan minyak di dunia seperti minyak masak, minyak industri, dan minyak bahan bakar (biodiesal). Pulangan dari sektor pertanian khususnya kelapa sawit sangat menguntungkan. Kini ramai petani telah bertukar ke tanaman kelapa sawit. Indonesia merupakan pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia [1]. Dengan terdapatnya pembukaan ladang sawit secara besar-besaran maka banyaklah syarikat-syarikat pertanian mula mencipta alat atau mesin yang baik untuk mencepatkan proses memetik dan mengeluarkan sawit dari ladang. Namun alatan yang lebih mesra pengguna dilihat tidak dipandang serius. Atas isu ini timbul idea mencipta alat pemungut tandan kelapa sawit darjah kebebasan. Semua sedia maklum untuk mengeluarkan sawit dari ladang perlunya meletakan tandan sawit ke dalam kereta sorong terlebih dahulu.Untuk meletakan sawit ke dalam kereta sorong T-shape palm fruit shank diperlukan. Pekebun akan mengangkat sawit yang telah dipetik dari pokok menggunakan alatan tersebut.Tanpa disedari alatan ini membahayakan pekebun dan membebankan. Pekebun memerlukan tenaga yang banyak untuk mengangkat tandan sawit yang amat berat ke dalam kereta sorong. Selain itu, mengangkat bebanan yang berat dalam kuantiti yang banyak menyebabkan sakit dibahagian tulang belakang pekebun. Di samping itu, mata alat yang tajam dan terdedah meningkatkan risiko kecederaan pekebun. Duri pada buah sawit juga bahaya pada pekebun.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Machine design; Industrial design; Government publications--Malaysia |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ1125-1345 Machine shops and machine shop practice |
Divisions: | Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering > Department of Mechanical Engineering |
Depositing User: | Mrs. Siti Noraida Miskan |
Date Deposited: | 23 Nov 2021 07:08 |
Last Modified: | 23 Nov 2021 07:08 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2513 |
Actions (login required)
View Item |