Instrumen penilaian pembimbing dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan kerja pelajar di industry

Hasan, Azman (2012) Instrumen penilaian pembimbing dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan kerja pelajar di industry. Doctoral thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p AZMAN HASAN.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan instrumen bagi penilaian pembimbing yang berkesan dalam pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK). Pembangunan instrumen ini melibatkan tiga fasa iaitu; Fasa 1, pembentukan konsep dan item; Fasa 2, kajian rintis; dan Fasa 3, kajian sebenar serta pengesahan kerangka Pembimbing Berkesan. Analisis kualitatif di Fasa 1 telah mengenal pasti lima konstruk yang berkaitan dengan kerangka pembimbing berkesan iaitu: peranan, pengetahuan, maklum balas, sifat peribadi dan model peranan. Sebanyak 115 item dihasilkan berdasarkan taksonomi Krathwohl. Nilai pekali persetujuan Fleiss Kappa yang diperoleh ialah 0.82, justeru menunjukkan tahap persetujuan yang sangat baik. Walau bagaimanapun, sebanyak 3 item telah dibaiki dan 4 item digugurkan dari senarai item awal. Pada Fasa 2, kajian rintis telah dijalankan berdasarkan 111 item dengan melibatkan 30 orang pelajar diploma lanjutan dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) serta Kejuruteraan Reka bentuk dan Pembuatan Automotif yang mengikuti program di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Data telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan model pengukuran Rasch. Pada peringkat ini, terdapat 12 item diasingkan dan dibuang. Selebihnya, 99 item telah ditadbir oleh 81 orang pelajar yang terlibat dalam PBK di industri dan yang tidak terlibat dalam Fasa 2. Pada Fasa 3, 4 item telah diasingkan dan dibuang dan hanya 95 item sahaja dikekalkan. Kajian ini telah menggunakan skala Likert 5 mata. Dapatan kajian telah menghasilkan instrument yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi dalam menilai pembimbing di industri. Sehubungan itu, kerangka Pembimbing Berkesan telah dibangunkan dan disahkan melalui Analisis Komponen Utama bagi menentukan unidimensionaliti konstruk. Secara ringkasnya, kajian ini membuktikan konstruk yang bersifat unidimensi ini disahkan sebagai faktor bagi mengukur keberkesanan pembimbing dalam pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Kerja

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1049-1049.8 Cooperative education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 01 Nov 2021 02:25
Last Modified: 01 Nov 2021 02:25
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2534

Actions (login required)

View Item View Item