Kemahiran hands-on pelajar wanita bidang kejuruteraan elektrik di politeknik Malaysia

Esa, Ahmad and Sapon, Norsuhaila and Ibrahim, Sapon (2011) Kemahiran hands-on pelajar wanita bidang kejuruteraan elektrik di politeknik Malaysia. In: Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2011, 27-28 Disember 2011, Universiti Putra Malaysia, Serdang .

[img]PDF
66Kb

Abstract

Pada masa kini, pekerja sama ada lelaki atau wanita yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi merupakan aset penting negara dalam mengharungi arus perubahan yang pesat terutama dalam bidang kejuruteraan. Pelajar wanita perlulah mempersiapkan diri untuk merebut peluang ini. Namun begitu, kajian lalu menunjukkan bahawa penyertaan wanita dalam bidang ini kurang dan antara sebabnya adalah kekurangan kemahiran hands-on. Oleh itu, kajian ini akan dijalankan untuk mengenalpasti penguasaan pelajar wanita dalam aktiviti hands-on. Seterusnya kajian juga akan menganalisis sumbangan kecenderungan serta penglibatan dalam aktiviti hands-on terhadap penguasaan kemahiran hands-on pelajar wanita. Reka bentuk kajian yang akan digunakan ialah kajian tinjauan secara kuantitatif yang menggunakan dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi dari instrumen kajian iaitu borang soal selidik dan protokol pemerhatian. Manakala data sekunder diperolehi dari rekod markah pencapaian amali Kejuruteraan Elektrik pelajar. Populasi dalam kajian ini ialah pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik dari seluruh Politeknik Malaysia. Saiz sampel akan ditentukan berdasarkan Jadual Penentu Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970) dan pemilihan akan dilakukan secara rawak mudah. Data yang dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi serta taakulan yang sesuai. Analisis korelasi dan regressi pelbagai digunakan untuk menentukan perkaitan antara tiga pembolehubah iaitu penglibatan, kecenderungan dan penguasaan pelajar dalam aktiviti hands-on. Manakala Ujian Sobel digunakan untuk menentukan pengantara dalam model hubungan antara ketiga-tiga pembolehubah tersebut.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kecenderungan; penglibatan; penguasaan; aktiviti hands-on; kemahiran hands-On
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2552
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:23 May 2012 11:50
Last Modified:04 Mar 2013 16:04

Repository Staff Only: item control page