Instrumen penilaian bagi pengiktirafan pengalaman pembelajaran terdahulu (PPPT) dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat: Transformasi Pendidikan Politeknik di Malaysia

Balli, Bahril and Razzaly, Wahid Instrumen penilaian bagi pengiktirafan pengalaman pembelajaran terdahulu (PPPT) dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat: Transformasi Pendidikan Politeknik di Malaysia. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT 2011, 16-17 November 2011, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
1364Kb

Abstract

Penyelidikan ini adalah berkenaan penganalisaan terhadap instrumen penilaian bagi Pengiktirafan Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (PPPT) atau “Accreditation of Prior Eksperiential Learning (APEL)”. PPPT merupakan laluan yang telah disediakan di dalam Kerangka Kelayakan Malaysia kepada individu untuk memajukan diri dalam konteks Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Malaysia. Penyelidik memberi fokus kepada empat domain iaitu Pengalaman, Kemahiran, Pengetahuan, dan Etika Profesionalisme. Tujuan penyelidikan adalah untuk menghasilkan instrumen penilaian berkesan. Ianya kemudian diharapkan boleh dirujuk dalam menilai dan mengiktiraf pengalaman pembelajaran terdahulu individu yang bercita-cita untuk menyambung pengajian ataupun memohon untuk dianugerahkan sijil pengiktirafan graduan berdasarkan level kelayakan. Kaedah penyelidikan adalah melalui tinjauan dan analisis dokumen. Borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan sampel daripada 73 orang pakar. Populasi penyelidikan ini ialah mereka yang memiliki kepakaran dan pengalaman dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (PLTV) dan PPPT. Lokasi yang dipilih ialah Agensi Kelayakan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Open University Malaysia, dan Universiti Tun Abdul Razak. Data hasil soal selidik dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Hasil analisis mendapati kesemua instrumen penilaian tersebut adalah diperlukan dan menjadi intipati penting untuk digunakan dalam menilai pengalaman pembelajaran individu. Harapan penyelidik agar kajian terhadap menterjemahkan pengalaman pembelajaran terdahulu individu ke dalam bentuk nilai kredit atau beban akademik dapat dilaksanakan, seterusnya membentuk panduan penilaian piawai bagi pelaksanaan Pengiktirafan Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (PPPT) dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat untuk sistem pendidikan Politeknik di Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:instrumen penilaian; Pengiktirafan Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (PPPT)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:2559
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:06 Nov 2012 14:57
Last Modified:06 Nov 2012 14:57

Repository Staff Only: item control page