Keberkesanan penggunaan kabel coaxial RG58/U terhadap komunikasi high frequency 28MHz modulasi single side band

Abu Nawawi, Mohd Izzaddin and Bahrudin, Ida Aryanie and Mohamad, Syamsul Bahri Keberkesanan penggunaan kabel coaxial RG58/U terhadap komunikasi high frequency 28MHz modulasi single side band. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT 2011, 16-17 November 2011, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
507Kb

Abstract

Komunikasi radio frekuensi merupakan satu komunikasi yang memerlukan kemahiran khas dan pengiktirafan dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia tahun 2000. Pengiktirafan ini memerlukan setiap individu terampil pada penilaian peperiksaan berkaitan kemahiran elektrik elektronik dan kemahiran Kod Morse. Pengiktirafan ini sejajar dengan keperluan penyiasatan terhadap komunikasi yang merangkumi komponen, peralatan, jalur frekuensi, tahap kuasa dan kelas-kelas pancaran. Dalam menjelaskan prinsip penghantaran dan penerimaan isyarat radio terhadap pelajar, seringkali terdapat ketidakpastian tentang kadar kuasa pancaran yang ideal bagi kabel ini. Kajian ini dilaksanakan bagi membuktikan kebolehupayaan penggunaan kabel coaxial RG58/U terhadap komunikasi High Frequency (HF) pada kadar kuasa pancaran sehingga 50 watt dan pada Single Side Band (SSB). Kajian ini dikendalikan merangkumi semua aspek yang dinyatakan termasuk aspek kemahiran individu, mekanikal dan propagasi radio. Laporan QSO (komunikasi) dari stesen-stesen luar adalah pengesahan dapatan dari eksperimen yang menyatakan kebolehbacaan (readability) skala 1 hingga 5 dan kekuatan isyarat (signal strength) skala 1 hingga 9. Dapatan menunjukkan kebolehupayaan kabel tersebut beroperasi dengan baik pada julat frekuensi, kuasa pancaran dan laporan dari stesen-stesen terhadap audio yang dihantar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:komunikasi radio, Kabel Coaxial RG58/U
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK6540-6571 Radio
ID Code:2561
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:06 Nov 2012 15:04
Last Modified:06 Nov 2012 15:04

Repository Staff Only: item control page