M-Pembelajaran dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia

Abd Rahman, Rossyahida and Mohd Hashim, Mohamad Hisyam M-Pembelajaran dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT 2011, 16-17 November 2011, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
327Kb

Abstract

Kertas kajian ini membicarakan mengenai strategi dan pendekatan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masa kini dengan menggunakan teknologi mudah alih sebagai alat pembelajaran. Dalam kertas kajian ini, penekanan diberikan kepada pelajar-pelajar pendidikan teknik dan vokasional selari dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Malaysia sebagai negara perindustrian.Bagi mencapai hasrat tersebut, penggunaan teknologi mudah alih serta teknologi tanpa wayar dengan kelengkapan ciri-ciri multimedia yang semakin meningkat dari tahun ke tahun membenarkan pendekatan m-pembelajaran di dalam kelas. M-pembelajaran adalah evolusi e-pembelajaran yang melengkapkan komponen yang hilang. Inovasi dalam m-pembelajaran boleh membawa kepada perubahan paradigma dalam pendidikan teknologi mudah alih yang dipercayai mempunyai potensi untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kertas kajian ini menumpukan kepada penggunaan telefon mudah alih untuk persekolahan arus perdana dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia. Kertas kajian ini turut menjelaskan pelbagai persepsi penggunaan telefon mudah alih dalam pembelajaran dengan mencerminkan pendapat positif daripada penyelidik pendidikan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Selain itu, kertas kajian ini juga membincangkan mengenai kelebihan pembelajaran mudah alih dalam arus perdana pendidikan teknikal dan vokasional.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:m-pembelajaran; peranti mudah alih; teknik dan vokasional
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:2566
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:06 Nov 2012 15:15
Last Modified:06 Nov 2012 15:15

Repository Staff Only: item control page