Pengajaran dan pembelajaran berasaskan ‘Streaming Video’ bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar abad ke-21

Mohamad Mohsin, Siti Faizzatul Aqmal and Hassan, Razali Pengajaran dan pembelajaran berasaskan ‘Streaming Video’ bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar abad ke-21. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT 2011, 16-17 November 2011, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
356Kb

Abstract

Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin penting kini. Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan memandangkan mereka adalah tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif dan inovatif. Kajian lepas mendapati bahawa tahap kesediaan guru dalam menguasai kemahiran masih pada tahap memuaskan. Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kemahiran ini sukar digarap dikalangan guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia akan menemui jalan kegagalan. Kertas kerja ini cuba mengutarakan satu alternatif yang relevan dengan perkembangan teknologi terkini untuk diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru iaitu menerusi penggunaan UCiTV (University Campus Interactive Television) dalam meningkatkan kemahiran guru menggunakan teknologi terkini di dalam kelas. Kajian yang berkaitan perlu dijalankan bagi membantu guru-guru yang terlibat dalam bidang teknik dan vokasional terutamanya meningkatkan kemahiran abad ke-21 bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang berubah mengikut kitaran aplikasi teknologi abad ke 21.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pengajaran dan pembelajaran; kemahiran abad ke-21; E-pembelajaran
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:2572
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:07 Nov 2012 09:46
Last Modified:07 Nov 2012 09:46

Repository Staff Only: item control page