Penglibatan pensyarah dalam program sangkutan industri pensyarah (SIP): satu kajian kes di Politeknik Kota Bharu (PKB)

Mohd Noor, Norfadila and Hashim, Mohd Noor and Yusoff, Azmi Penglibatan pensyarah dalam program sangkutan industri pensyarah (SIP): satu kajian kes di Politeknik Kota Bharu (PKB). In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT 2011, 16-17 November 2011, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
295Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan tenaga pengajar teknikal di Politeknik Kota Bharu (PKB) dalam program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti manfaat program SIP mengikut persepsi tenaga pengajar teknikal di PKB sekaligus melihat perbezaan produktiviti antara tenaga pengajar teknikal yang mengikuti program SIP dengan yang tidak mengikutinya di PKB. Kajian yang dilaksanakan berbentuk kajian kes serta disokong dengan kaedah soal selidik, kaedah temubual berstruktur, analisis dokumen dan rekod arkib organisasi. Persampelan rawak mudah digunakan berdasarkan persampelan Kerjie dan Morgan (1970) dengan 210 responden yang terlibat. Data kajian ini berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif diperoleh berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan manakala data kualitatif pula diperolehi berdasarkan temubual berstruktur, analisis dokumen dan rekod arkib organisasi yang telah dijalankan. Data kuantitatif akan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan korelasi menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS version 16.0 for Windows). Data kuantitatif pula akan dianalisis menggunakan perisian Analysis of Variance (ANOVA). Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan Politeknik Kota Bharu menyelesaikan masalah penglibatan pensyarah dalam program SIP sekaligus menyediakan tenaga pengajar yang kompeten sejajar dengan kehendak transformasi politeknik.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:sangkutan industri pensyarah
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
ID Code:2573
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:07 Nov 2012 09:56
Last Modified:07 Nov 2012 09:56

Repository Staff Only: item control page