iTAS: mewujudkan persekitaran tanpa kertas dalam pengurusan penilaian pemarkahan pelajar latihan iIndustri di Pusat Pengajian Diploma

Mohd Hanifa, Rafizah and Samsuri, Norlyiana and Kasim, Mariyah and Mahadan, Siti Zulaikah (2020) iTAS: mewujudkan persekitaran tanpa kertas dalam pengurusan penilaian pemarkahan pelajar latihan iIndustri di Pusat Pengajian Diploma. In: ICT untuk Teknologi Humanisasi. Penerbit UTHM, pp. 1-12. ISBN 978-967-2389-90-3

[img] Text
Bab01.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Pusat Pengajian Diploma (CeDS) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berhadapan dengan masalah dalam menilai pelajar yang sedang menjalani latihan industri di mana penyelia perlu menguruskan rubrik secara manual. Ini menambah kebimbangan pihak penyelaras Latihan Industri kerana kesemua penilaian pelajar melibatkan penggunaan kertas yang banyak dan ini bertentangan dengan matlamat universiti bagi mewujudkan “Pejabat Hijau”. Oleh yang demikian, reka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan Industrial Training Assessment System yang juga dikenali sebagai iTAS telah dibuat agar lebih mesra pengguna, generik dan berasaskan web. Ini bagi memudahkan penyelia mencapai semua maklumat penting berkaitan dengan penilaian latihan industri pelajar secara lebih teratur dan cekap agar persekitaran tanpa kertas dapat diwujudkan di samping mengelakkan pembaziran kos operasi. Segala butiran pelajar yang menjalani latihan industri boleh dinilai secara dalam talian tanpa melibatkan penggunaan kertas dan pengiraan markah dilakukan secara automatik oleh sistem. Dengan ini ralat kiraan dapat dielakkan dan memudahkan lagi kerja penyelia dalam menilai pelajar di bawah seliaan masing-masing. Pembangunan iTAS adalah berdasarkan Model Air Terjun dan menggunakan perisian Adobe Macromedia Dreamweaver dan MySQL sebagai pangkalan data untuk mencapai dan menyimpan data. Satu kaji selidik telah dilakukan bagi melihat kebolehgunaan sistem yang dibangunkan. Hasilnya hampir 70% responden bersetuju bahawa sistem ini mampu meringankan beban penyelia dalam menilai pelajar yang menjalani latihan industri.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Information technology; Communication and technology; Government publications--Malaysia
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T55.4-60.8 Industrial engineering. Management engineering
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Multimedia
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 23 Nov 2021 07:12
Last Modified: 23 Nov 2021 07:12
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2574

Actions (login required)

View Item View Item