FMRepS: Pengurusan aduan kerosakan di Kolej Kediaman Perwira UTHM

Mohd Hanifa, Rafizah and Rubat, Micklous and Khairul Anuar, Mohamad Samir and Al Syaqiq Rahamat, Mu Ahmad Uwais (2020) FMRepS: Pengurusan aduan kerosakan di Kolej Kediaman Perwira UTHM. In: ICT untuk Teknologi Humanisasi. Penerbit UTHM, pp. 25-32. ISBN 978-967-2389-90-3

[img] Text
Bab03.pdf
Restricted to Registered users only

Download (753kB) | Request a copy

Abstract

Kolej Kediaman Perwira berhadapan dengan masalah merekod aduan kerosakan dan menyimpan butiran berkenaan pelajar yang semakin bertambah. Sehingga kajian ini dilakukan, jumlah penghuni sudah melebihi 500 orang. Begitu juga dengan aduan kerosakan yang diterima oleh pihak pengurusan kolej dari penghuni juga turut meningkat. Hal ini meresahkan staf Kolej Kediaman Perwira kerana pertambahan aduan bermakna bertambahnya penggunaan kertas dan dikhuatiri meningkatkan kos pengurusan Kolej Kediaman Perwira. Oleh yang demikian, Facilities Management Report System (FMRepS) telah dibangunkan bagi mengurangkan beban pihak pengurusan kolej dan yang lebih penting ialah memudahkan dan mencepatkan proses aduan kerosakan seperti yang disasarkan matlamat utama sistem. Sistem ini merekod segala butiran pelajar dan aduan yang ingin dibuat boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu ke pejabat pengurusan Kolej Kediaman Perwira. Pembangunan FMRepS adalah berdasarkan Model Air Terjun dan menggunakan perisian Adobe Macromedia Dreamweaver, Adobe Photoshop dan MySQL sebagai pangkalan data untuk mencapai dan menyimpan data. Pemantauan telah dilakukan di Kolej Kediaman Perwira untuk melihat penggunaan kertas setelah FMRepS diimplemen di kolej. Hasil kajian menunjukkan FMRepS mampu mengurangkan kos kertas dan juga masa memproses aduan kerosakan. Ini menjadikan urusan aduan menjadi lebih mudah dan lebih efektif di Kolej Kediaman Perwira.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Information technology; Communication and technology; Government publications--Malaysia
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T55.4-60.8 Industrial engineering. Management engineering
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Multimedia
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 23 Nov 2021 07:12
Last Modified: 23 Nov 2021 07:12
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2576

Actions (login required)

View Item View Item