Pembangunan koswer sebagai alternatif bahan mengajar bagi kursus pengaturcaraan Java: Operator

Mohd Hanifa, Rafizah and Raja, Zafiqa Shareen Zamera and Mat Nang, Nur Athirah and Malek, Muhammad Fakhriy (2020) Pembangunan koswer sebagai alternatif bahan mengajar bagi kursus pengaturcaraan Java: Operator. In: ICT untuk Teknologi Humanisasi. Penerbit UTHM, pp. 33-44. ISBN 978-967-2389-90-3

[img] Text
Bab04.pdf
Restricted to Registered users only

Download (808kB) | Request a copy

Abstract

Di dalam era milenium ini, penggunaan teknologi dalam kalangan manusia sejagat telah menjadi suatu keperluan. Fenomena ini berlaku dengan pantas sesuai dengan peredaran masa dan capaian internet yang mudah didapati serta rangkaian yang pantas. Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi tidak dapat disangkal lagi. Kemajuan dalam bidang teknologi ini juga dapat membantu dalam usaha untuk membangun dan memperkembangkan bidang pendidikan. Ini jelas dilihat bila mana penggunaan buku telah diubahsuai kepada pembangunan modul multimedia interaktif. Pembangunan modul multimedia interaktif dapat membantu serta memudahkan pengajaran, pembelajaran serta pemahaman kepada para pelajar khususnya Generasi – Y yang rata-rata mempunyai capaian kepada pelbagai bentuk peranti pintar. Sehubungan itu, bagi kursus DAT 33204 Pengaturcaraan Java, Diploma Teknologi Maklumat di Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) sebuah modul interaktif telah dibangunkan berasaskan kombinasi elemen multimedia seperti penggunaan teks, grafik, audio, video dan animasi. Dalam merealisasikan modul interaktif ini, model reka bentuk ADDIE (Analysis, Design, Develop, Implement, Evaluate) telah digunakan sebagai metodologi pilihan. Selain itu, koswer ini juga dibangunkan menggunakan beberapa perisian seperti Adobe Flash CS6 dan Camtasia Studio sebagai perisian utama, manakala penggunaan perisian Adobe Photoshop CS6 sebagai perisian tambahan untuk mengedit imej dan latar belakang koswer. Bagi melihat keberkesanan koswer yang dibangunkan, sejumlah 35 responden telah diminta untuk mencuba sendiri koswer yang dibangunkan ini dan menjawab borang soal selidik secara dalam talian. Hasilnya, lebih 90% responden setuju dengan pembangunan koswer ini sebagai alternatif kepada alat bantuan mengajar sedia ada.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Information technology; Communication and technology; Government publications--Malaysia
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T55.4-60.8 Industrial engineering. Management engineering
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Multimedia
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 23 Nov 2021 07:13
Last Modified: 23 Nov 2021 07:13
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2577

Actions (login required)

View Item View Item