Transformasi PTV: kesediaan guru-guru vokasional terhadap pelaksanaan Kolej Vokasional KPM dari aspek tahap kemahiran

Abdullah Zawawi, Siti Syahirah Transformasi PTV: kesediaan guru-guru vokasional terhadap pelaksanaan Kolej Vokasional KPM dari aspek tahap kemahiran. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT 2011, 16-17 November 2011, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
378Kb

Abstract

Seiring dengan ledakan arus pemodenan teknologi pada masa kini, kemahiran pengetahuan dan juga kemahiran teknikal amat penting untuk kecemerlangan diri seseorang dalam menentukan kerjaya yang bakal diceburi. Kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji bertajuk Transformasi PTV: Kesediaan Guru-Guru Vokasional Terhadap Pelaksanaan Kolej Vokasional KPM Dari Aspek Tahap Kemahiran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kemahiran yang ada pada setiap guru vokasional dalam menghadapi transformasi pendidikan teknik dan vokasional nanti. Kajian ini tertumpu kepada tiga objektif utama iaitu untuk mengenalpasti latar belakang pendidikan guru-guru matapelajaran vokasional di sekolah vokasional, mengenalpasti kemahiran-kemahiran teknikal (hands on skill) yang perlu ada dalam kalangan guru-guru vokasional yang telah bersedia terhadap pelaksanaan Kolej Vokasional serta mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh guru-guru vokasional terhadap pelaksanaan program Kolej Vokasional. Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar matapelajaran aliran vokasional iaitu pendawaian domestik, kawalan motor elektrik dan juga elektronik. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang guru dipilih di 4 buah SMV di negeri Kelantan, Pulau Pinang, Melaka dan Johor yang bakal dinaiktaraf menjadi Kolej Vokasional yang akan menjawab soal selidik. Sampel kajian ini akan mewakili semua guru yang berada Malaysia. Dapatan kajian primer (utama) iaitu soal selidik akan dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan Statistical Package For Social Science(Spss Version 16.0 For Windows). Manakala triangulasi dapatan kajian sekunder (sokongan) seperti temubual, pemerhatian dan dokumen pembuktian akan dianalisis secara kualitatif dengan menggunakan perisian ANOVA8 (Analysis of Variance 8). Kajian ini diharapkan dapat membantu memberi pendedahan kepada guru-guru vokasional mengenai kepentingan menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan kursus di KV. Semoga hasil daripada kajian ini akan dapat membantu pihak tertentu terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penyelesaian masalah pelaksanaan KV

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2579
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:07 Nov 2012 10:58
Last Modified:07 Nov 2012 10:58

Repository Staff Only: item control page