Pembangunan modul interaktif bagi Kursus Pengaturcaraan Java: struktur pemilihan

Mohd Hanifa, Rafizah and Mohd Sabri, Nur Afiqah and Jailani, Nur Syafiqah and Mohd Zaini, Azri Zakwan (2020) Pembangunan modul interaktif bagi Kursus Pengaturcaraan Java: struktur pemilihan. In: ICT untuk Teknologi Humanisasi. Penerbit UTHM, pp. 55-66. ISBN 978-967-2389-90-3

[img] Text
Bab06.pdf
Restricted to Registered users only

Download (954kB) | Request a copy

Abstract

Kursus Pengaturcaraan merupakan kursus teras yang perlu diambil oleh semua pelajar tahun dua program Diploma Teknologi Maklumat (DTM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Sebagai pelajar baru yang masih kurang pengetahuan berkenaan kursus ini terutamanya kursus pengaturcaraan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi hambar dan membosankan pelajar jika ia masih dikekalkan dengan kaedah tradisional. Penggunaan modul yang melibatkan teks dan gambar secara statik di era Generasi Y kini sudah menjadi tidak relevan lagi. Sebagai langkah untuk memartabatkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pembangunan modul interaktif yang menggabungkan beberapa elemen multimedia seperti audio, grafik, teks dan animasi menjadikannya lebih dinamik dan menarik. Modul interaktif ini dibangunkan berpandukan Model ADDIE. Penggunaan perisian seperti Adobe Flash CS6, Adobe Photoshop CS6 dan Adobe Audition CS6 mampu menghasilkan modul pembelajaran yang lebih interaktif dan berkesan. Matlamat utama pembangunan modul interaktif adalah untuk mewujudkan alat bantuan mengajar bagi kemudahan pensyarah dan pelajar dalam memahami topik-topik dalam kursus Pengaturcaraan Java. Tambahan lagi, terdapat beberapa soalan yang disediakan di akhir topik bagi mengukuhkan pengetahuan pelajar berkenaan topik yang telah dipelajari. Bagi melihat keberkesanan modul interaktif yang dibangunkan, seramai 40 pelajar telah diminta mencuba modul interaktif dan menjawab borang soal selidik secara dalam talian. Ini sebagai satu langkah melihat keberkesanan modul interaktif yang dibangunkan. Hasil analisis menunjukkan lebih 70 peratus responden berminat untuk menggunakan modul interaktif ini dan yakin modul interaktif ini mampu meningkatkan kefahaman pelajar.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Information technology; Communication and technology; Government publications--Malaysia
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T55.4-60.8 Industrial engineering. Management engineering
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Multimedia
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 23 Nov 2021 07:13
Last Modified: 23 Nov 2021 07:13
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2582

Actions (login required)

View Item View Item