Tahap penggunaan ICT dan teknologi dalam pengurusan masjid dan surau

Abdul Rahman, Farah Azura and Sulaiman, Nilawati and Kamarolzaman, Nur Zakiah Hani and Azmi, Siti Aishah Tahap penggunaan ICT dan teknologi dalam pengurusan masjid dan surau. Kolej Universiti Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
735Kb

Abstract

Dewasa kini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Infomation and Communication Technologt ICT begitu meluas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Penggunaan ICT dapat meningkatkan prestasi dan kecekapan operasi, menjadikan sumber maklumat diuruskan dengan lebih sistematik dan pantas serta merupakalr alat yang strategik untuk mencapai sesuatu objektif. Ia merupakan automasi untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah organisasi dalam menggarap rangkaian dan perhubungan yang lebih meluas. ICT merupakan satu agenda utama dalam pembangunan dan kemajuan pada masa kini. Penggunaan ICT secara optimum memberi kesan kepada perubahan atau transformasi sesebuah organisasi, malah akan mempenganrhi hdlatuju pembangunan serta peningkatan keberkesanan organisasi. ,Perkembangan ICT mernbolehkan maklumat diperolehi dalam masa yang singkat dan dalam jumlah yang banyak. Melalui capaian maklumat menerusi internel maklumat boleh diperolehi dengan mudah dan cepat serta tanpa sempadan. Di aktrir abad ke-20 dan di awal abad ke-21, globalisasi berlaku dalam hampir semua bidang seperti perdagangotr, pelancongan, perindustrian dan pendidikan. Perkembangan ICT merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya globalisasi. Pengurusan yang diamalkan dalam sesebuatr organisasi turut mengalami perubahan. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan taraf ekonomi hasil daripada aplikasi peralatan moden yang menggunakan teknologi yang semakin canggih dari semasa ke semasa. Pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan.

Item Type:Other
Uncontrolled Keywords:ict dan teknologi
Subjects:T Technology > T Technology (General)
ID Code:2599
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:27 Jun 2012 16:20
Last Modified:27 Jun 2012 16:20

Repository Staff Only: item control page