Prinsip pengurusan unggul dalam menangani masalah ekonomi : satu analisa daripada kisah Nabi Yusuf

Abdul Rahim , Mohd Hisyam and Jaes, Lutfan Prinsip pengurusan unggul dalam menangani masalah ekonomi : satu analisa daripada kisah Nabi Yusuf. In: Seminar Wahyu Asas Tamadun (SWAT' 09) , 28-29 Julai 2009, Negeri Sembilan.

[img]
Preview
PDF
193Kb

Abstract

Masalah ekonomi amnya timbul daripada fenomena kekurangan sumber alam yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Bagi menangani masalah tersebut, prinsip-prinsip dan ciri-ciri amalan terbaik pengurusan perlu diamalkan supaya sistem ekonomi dapat berjalan dengan cekap, profesional dan mencapai matlamat yang digariskan. Lantaran itu, kertas kerja ini menganalisa nilai-nilai unggul dalam amalan pengurusan ekonomi yang dipunyai dan dipraktikkan oleh Nabi Yusuf a.s, sewaktu menangani krisis kegawatan akibat kemarau yang berlaku pada zaman baginda. Signifikan kisah Nabi Yusuf dipilih kerana baginda adalah pentadbir ekonomi Mesir pada zamannya di samping darjatnya sebagai seorang nabi dan rasul. Kertas kerja ini turut mengambilkira pandangan ahli-ahli ekonomi masakini berkenaan analisa yang dibuat. Hasil daripada penelitian didapati terdapatnya beberapa prinsip unggul dalam pengurusan ekonomi Nabi Yusuf a.s. sehinggakan baginda berjaya menangani masalah ekonomi pada waktu itu. Sebahagian daripada prinsip tersebut adalah keadilan (’adalah), ihsan dan kerjasama (ta’awun). Secara asasnya al-Qur’an adalah panduan sepanjang zaman oleh kerana itu diharapkan penulisan ini memberi idea dan membuka ruang khususnya dalam mencipta formula yang mampu membangun dan mengurus ekonomi negara menurut perspektif Islam dengan berjaya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:2619
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:07 Nov 2012 11:49
Last Modified:07 Nov 2012 11:49

Repository Staff Only: item control page