Tahap pengaruh faktor rakan sebaya dan minat terhadap pemilihan kerjaya bagi murid berkeperluan khas (MBK)

Ariffin, A. and Muhammad, Z. and Zakaria, N. and Rubani, S.N.K. and Hamzah, N. (2020) Tahap pengaruh faktor rakan sebaya dan minat terhadap pemilihan kerjaya bagi murid berkeperluan khas (MBK). In: Latihan dan pembangunan kerjaya. Penerbit UTHM, pp. 1-16. ISBN 978-967-2916-01-7

[img] Text
Tahap pengaruh faktor rakan sebaya.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengaruh rakan sebaya dan minat terhadap pemilihan kerjaya bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah menengah harian. Sampel kajian terdiri daripada 151 orang murid berkeperluan khas yang mempunyai kategori masalah pembelajaran. Lokasi kajian melibatkan tiga buah sekolah menengah dalam daerah Muar, Johor. Rekabentuk kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Satu set soal selidik telah digunakan untuk mengutip data dalam kajian yang dijalankan. Data yang dikumpul dan dianalisis secara deskriptif iaitu pengiraan data kekerapan dan peratusan menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengaruh rakan sebaya dan minat dalam pemilihan kerjaya murid berkeperluan khas masalah pembelajaran adalah pada tahap sederhana. Oleh demikian, pihak kementerian perlu mengambil langkah sewajarnya seperti menerapkan program, kursus atau latihan dalam mata pelajaran vokasional untuk memberi pendedahan elemen kemahiran transisi kerjaya dan elemen keusahawanan yang membantu golongan murid berkeperluan khas.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Occupational training; Career development; Government publications--Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business > HF5381-5386 Vocational guidance. Career development
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 23 Nov 2021 07:14
Last Modified: 23 Nov 2021 07:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2628

Actions (login required)

View Item View Item