Chong, Fung Yen (2001) Ke arah memahami budaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar cina yang mengikuti kursus kejuruteraan di KUiTTHO. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
CHONG FUNG YEN - 24p.pdf Download (2MB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
CHONG FUNG YEN - declaration.pdf Restricted to Repository staff only Download (592kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
CHONG FUNG YEN - fulltext.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) | Request a copy |
Abstract
Statistik menunjukkan rata-rata pelajar Cina mendapat keputusan yang baik dalam bidang akademik. Sehubungan dengan itu,kajian ini bertujuan untuk memahami budaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar Cina yang sedang mengikuti kursus kejuruteraan di KUiTTHO. Terdapat empat dimensi utama dijadikan sebagai komponen budaya pembelajaran iaitu persediaan dari segi mental sebelum menghadiri kelas, persediaan dari segi fizikal sebelum menghadiri kelas, interaksi pelajar semasa proses pembelajaran berjalan dan tindakan susulan pelajar selepas mengikuti kelas. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik di mana soalan telah dibina oleh penyelidik sendiri. Keputusan yang diperolehi menunjukkan pelajar Cina memang mempunyai persediaan dari segi mental dan fizikal. Begitu juga interaksi pelajar-pelajar dalam kelas semasa sesi pengajaran sedang beijalan, boleh dikatakan secara purata berlaku interaksi yang agak memberangsangkan. Didapati pelajar-pelajar Cina amat menitikberatkan tindakan susulan selepas mengikuti kelas. Hasil kajian menunjukkan tindakan susulan selepas kelas memainkan peranan yang amat penting dan perlu diberi perhatian yang serius oleh pelajar-pelajar.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies |
Depositing User: | Miss Nur Rasyidah Rosli |
Date Deposited: | 01 Nov 2021 03:57 |
Last Modified: | 01 Nov 2021 03:57 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2652 |
Actions (login required)
View Item |