Penggunaan strategi pembelajaran pengarahan kendiri di kalangan pelajar-pelajar jurusan perakaunan jabatan perdagangan di politeknik

Osman, Kaharuddin and Ahmad, Harlinda and Indiran, Logaiswari (2001) Penggunaan strategi pembelajaran pengarahan kendiri di kalangan pelajar-pelajar jurusan perakaunan jabatan perdagangan di politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
KAHARUDDIN OSMAN - 24p.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
KAHARUDDIN OSMAN - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (758kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
KAHARUDDIN OSMAN - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap Strategi Pembelajaran Pengarahan Kendiri (SPPK) di kalangan para pelajar jurusan perakaunan, Jabatan Perdagangan, di 3 buah politeknik iaitu Politeknik Shah Alam, Politeknik Kota Melaka dan Polikteknik Port Dickson. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk melihat penggunaan ciri-ciri strategi pembelajaran pengarahan kendiri di kalangan pelajar terbabit. Ciri-ciri yang terlibat adalah memahami isi pelajaran, motivasi, metakognitif, strategi pembelajaran, kepekaan konteks dan penggunaan sumber luaran sebagai bantuan. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip data yang diperlukan adalah menerusi pengedaran borang soal selidik kepada para responden. Kemudian, data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Dapatan kajian yang diperolehi dipersembahkan dalam bentuk jadual taburan min dan graf garis (line graf) bersertakan interpretasinya. Responden kajian adalah seramai 180 orang pelajar iaitu dari tiga buah politeknik yang telah ditetapkan. Kaedah yang digunakan untuk mengira jumlah responden itu adalah melalui kaedah persampelan strata. Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar semester 1 dan 6 mempunyai ciri-ciri SPPK tetapi di tahap yang rendah. Antara cadangan untuk meningkatkan ciri-ciri tersebut ialah dengan meningkatkan isi pelajaran, membina dan meningkatkan motivasi pelajar, membantu menentukan strategi pembelajaran, metakognitif, memperkembangkan kepekaan konteks dan seterusnya meningkatkan penggunaan sumber luaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 01 Nov 2021 04:10
Last Modified: 01 Nov 2021 04:10
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2673

Actions (login required)

View Item View Item