Penghasilan modul pengajaran kendiri prosedur penubuhan syarikat awam berhad bagi mata pelajaran keushawanan untuk pelajar di Politeknik

Wan Hashim, Wan Ajrul Asward (2003) Penghasilan modul pengajaran kendiri prosedur penubuhan syarikat awam berhad bagi mata pelajaran keushawanan untuk pelajar di Politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text (Copyright Declaration)
WAN AJRUL ASWARD BIN WAN HASHIM - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (219kB) | Request a copy
[img]
Preview
Text (24 pages)
WAN AJRUL ASWARD BIN WAN HASHIM - 24p.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Full Text)
WAN AJRUL ASWARD BIN WAN HASHIM - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Para pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dikalangan para pelajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenar, kita dapati bahawa pelajar biasanya terikat pada turutan pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran yang sama. Salah satu cara digunakan untuk menangani masalah ini ialah mengindividukan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran kendiri (MPK). Kajian ini memperkenalkan penggunaan MPK sebagai alat bahan bantu mengajar yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Keusahawanan iaitu topik prosedur penubuhan Syarikat Awam Berhad. Responden terdiri daripada 36 orang pelajar semester enam, Diploma Akauntansi di POLIMAS. Objektif kajian adalah menghasilkan MPK yang dapat meningkatkan pemahaman pelajar serta mengenalpasti kebolehlaksanaannya daripada aspek pemahaman, isi kandungan, sifat mesra pengguna dan aktiviti pembelajarannya. Selain itu, mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian pelajar sebelum dan selepas menggunakan MPK tersebut. Satu kajian eksperimental telah dijalankan. Set soalan pra-ujian, pos-ujian dan set soal selidik merupakan instrumen yang telah digunakan di dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan respon responden adalah positif atau setuju terhadap kebolehlaksanaan MPK tersebut. Prestasi pencapaian pelajar telah meningkatkan selepas menggunakan MPK tersebut. Ini terbukti, apabila pos-ujian dijalankan menunjukkan peningkatan berbanding pra-ujian. Analisis Ujian T juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan antara min markah pra-ujian dengan pos-ujian. Ini membuktikan bahawa MPK yang dihasilkan adalah sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran masa kini.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory > HB522-715 Income. Factor shares > HB615-715 Entrepreneurship. Risk and uncertainty. Property
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Nur Nadia Md. Jurimi
Date Deposited: 01 Nov 2021 04:24
Last Modified: 01 Nov 2021 04:24
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2685

Actions (login required)

View Item View Item