Keberkesanan pendekatan pembelajaran masteri secara online bagi mata pelajaran teknologi kejuruteraan

Embong, Zalihar and Yasak, Zurina and Esa, Ahmad and Mohamed Yusof, Anizam (2009) Keberkesanan pendekatan pembelajaran masteri secara online bagi mata pelajaran teknologi kejuruteraan. In: 14th International Conference on Education, 21-24 May 2009, Universiti Brunei Darussalam.

[img]PDF
67Kb

Abstract

Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menarik untuk diguna pakai dalam pengajaran guru seharian berdasarkan kepada teori dan konsep pelaksanaannya yang membantu dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Tujuan utama kajian ini adalah bagi mengenal pasti prestasi pencapaian pelajar berdasarkan penggunaan pendekatan pembelajaran masteri bagi mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan. Kajian ini memfokuskan kepada dua aspek iaitu dari segi pencapaian pelajar dan persepsi pelajar terhadap pendekatan pembelajaran masteri. Responden yang terlibat adalah pelajar tingkatan empat Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi yang mengambil mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan. Reka bentuk kajian yang digunakan pula adalah kaedah kuasi eksperimental dengan menggunakan instrumen ujian pencapaian yang terdiri daripada ujian pra dan ujian pos serta borang soal selidik. Data yang diperolehi di analisis menggunakan Statistical Packages for Social Science Series (SPSS) untuk menjawab persoalan kajian. Hasil kajian mendapati pelajar yang menggunakan pendekatan pembelajaran masteri mempunyai pencapaian yang lebih tinggi berbanding pelajar yang menggunakan pembelajaran tradisional. Pelajar juga mempunyai pandangan yang menyatakan bahawa mereka suka diberi peluang kedua dengan aktiviti pemulihan untuk meningkatkan kefahaman pembelajaran. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pembelajaran masteri sesuai untuk dijadikan sebagai pendekatan alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2687
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:30 Jul 2012 16:18
Last Modified:30 Jul 2012 16:18

Repository Staff Only: item control page