Kaedah pengajaran berasaskan laman web terhadap pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik Mekatronik di politeknik

Yasak, Zurina and Mohamad, Baharom and Esa, Ahmad and Shabuddin, Shahrizal (2009) Kaedah pengajaran berasaskan laman web terhadap pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik Mekatronik di politeknik. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi, 26-27 Oktober 2009, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
52Kb

Abstract

Kajian ini ialah untuk melihat isu-isu yang wujud di politeknik berhubung penggunaan laman web sebagai media pengajaran. Antara isu-isu tersebut ialah pengajaran berasaskan laman web yang digunakan dalam membantu kefahaman pelajar dan persepsi pelajar ke atas penggunaan laman web sebagai media pengajaran mereka. Seterusnya masalah yang wujud di politeknik dalam menjadikan laman web sebagai media pengajaran. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar tahun akhir kursus diploma elektrik mekatronik di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim Kedah. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap kaedah pembelajaran berasaskan laman web dan pembelajaran berasaskan laman web telah dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap subjek yang dipelajari. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan terdapatnya kekangan yang wujud dalam proses pengajaran berasaskan laman web antaranya ialah tahap kemahiran para pendidik, tahap literasi komputer pelajar, prasarana yang tidak lengkap, faktor masa dan lokasi politeknik. Beberapa cadangan dikemukakan bagi membantu usaha menjayakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web di politeknik antaranya ialah meningkatkan tahap literasi komputer para pensyarah, meningkatkan tahap literasi komputer dalam kalangan pelajar dan meningkatkan prasarana komputer politeknik.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2689
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:30 Jul 2012 16:46
Last Modified:30 Jul 2012 16:46

Repository Staff Only: item control page