Reka bentuk pembelajaran atas talian bagi program kejuruteraan mekanikal Kolej Vokasional

Ghani, Noraiysah (2018) Reka bentuk pembelajaran atas talian bagi program kejuruteraan mekanikal Kolej Vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NORAIYSAH BINTI GHANI.pdf

Download (599kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NORAIYSAH BINTI GHANI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (320kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORAIYSAH BINTI GHANI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Reka bentuk pembelajaran atas talian merupakan suatu proses yang menyokong kepada konsep pembelajaran bestari di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti reka bentuk pembelajaran atas talian bagi program Kejuruteraan Mekanikal Kolej Vokasional. Terdapat dua aspek yang ditekankan dalam kajian ini iaitu domain pembelajaran yang terdiri daripada kognatif, afektif dan psikomotor dengan elemen reka bentuk seperti teks, video, audio, grafik, animasi, antaramuka dan warna. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah secara tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada kajian lepas bagi mendapatkan maklumat. Seramai 169 orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Kolej Vokasional Negeri Johor yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini mengandungi dua fasa iaitu fasa pertama merupakan proses pencarian maklumat berkaitan kajian manakala fasa kedua merupakan proses bagi menganalisis dapatan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan di antara domain pembelajaran dengan elemen reka bentuk. Kesimpulanya, kajian ini diharapkan berguna bagi membantu pensyarah dalam membangunkan platform pengajaran dan pembelajaran atas talian yang interaktif untuk pelajar Kolej Vokasional.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Miss Afiqah Faiqah Mohd Hafiz
Date Deposited: 09 Aug 2022 03:13
Last Modified: 09 Aug 2022 03:13
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/270

Actions (login required)

View Item View Item