Pendidikan sepanjang hayat: sekolah peneraju utama menjana generasi terbilang

Zainal Abidin , Ramlan and Esa, Ahmad and Wan Ahmad, Wan Mohd Rashid (2009) Pendidikan sepanjang hayat: sekolah peneraju utama menjana generasi terbilang. In: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan (PKPGB2009), 7 Mei 2009, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
39Kb

Abstract

Konsep pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja menjadi agenda penting, malah telah menukar cara berfikir masyarakat khususnya golongan muda. Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggariskan fokus, strategi utama, dan pelan pelaksanaan bagi menjadikan pendidikan negara relevan mengikut keperluan semasa dan masa hadapan. Sekolah merupakan organisasi pembelajaran bukan sahaja memberi tumpuan kepada pelajar-pelajarnya sahaja tetapi melibatkan semua orang dalam komuniti termasuk guru. Di samping sebagai hub pembelajaran sepanjang hayat sekolah juga berfungsi sebagai multi-focus centre dalam komuniti setempat. Oleh itu, pendidik menjadi sumber yang paling berharga dalam sesebuah organisasi pendidikan seperti sekolah. Tanpa pendidik, sekolah tidak dapat berfungsi dengan berkesan kerana merekalah yang membentuk pelajar-pelajar dengan pengalaman serta kemahiran. Sekolah sahaja tidak akan berkesan tanpa menekankan aspek pengajaran, pembelajaran dan kurikulum bersamanya. Sekolah yang berkesan menggerakkan modal intelek dan modal sosial bagi mencapai hasil pendidikan intelek yang diinginkan manakala improving school meningkatkan modal inteleknya dan modal sosial untuk mencapai hasil pendidikan intelek dan kecemerlangan moral melalui pembelajaran cemerlang.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2711
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:31 Jul 2012 12:42
Last Modified:31 Jul 2012 12:42

Repository Staff Only: item control page