Persepsi guru terhadap hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa: proposal

Omar, Zainon and Esa, Ahmad (2008) Persepsi guru terhadap hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa: proposal. In: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan (PKPGB2008), 16 Oktober 2008, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
29Kb

Abstract

Jaringan hubungan yang baik dan berkesan antara pihak sekolah dan ibu bapa merupakan faktor penentu kecemerlangan sesebuah sekolah. Hubungan istimewa antara pihak sekolah dengan ibu bapa membolehkan pihak sekolah menggunakan peluang yang sedia wujud untuk mendapatkan bantuan, sokongan dan kerjasama. Justeru itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap dan kualiti hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Tiga aspek yang dikaji adalah persepsi guru terhadap jaringan hubungan antara mereka yang terlibat, penglibatan ibu bapa dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam mewujudkan jaringan hubungan dengan mereka. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif jenis tinjauan sampel. Responden kajian terdiri daripada 274 orang guru dari enam buah sekolah rendah di Pasir Gudang, di mana mereka berpengalaman dalam urusan dengan ibu bapa dan kebanyakan mereka juga berperanan sebagai ibu bapa kerana mempunyai anak yang bersekolah di kawasan kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13.0 untuk mendapatkan nilai skor min dan peratus. Beberapa cadangan diketengahkan agar hubungan yang erat akan terjalin antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan murid-murid mendapat manfaat yang besar melalui hubungan antara pihak-pihak yang terlibat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB0001 General
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2714
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:31 Jul 2012 13:35
Last Modified:31 Jul 2012 13:35

Repository Staff Only: item control page