Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru di tiga buah sekolah di Seremban: proposal

Mansor, Raziah and Esa, Ahmad (2008) Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru di tiga buah sekolah di Seremban: proposal. In: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan (PKPGB2008), 16 Oktober 2008, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (Submitted)

[img]PDF
22Kb

Abstract

Kepimpinan adalah merupakan satu unsur yang amat penting dalam sesebuah organisasi kerana gaya kepimpinan banyak mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan sesebuah organisasi seperti sekolah. Malahan kejayaan dan kecemelangan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar. Kajian ini dilakukan untuk kesan hubungan di antara gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja. Gaya kepimpinan ini dilihat dari dua dimensi iaitu dimensi pengutamaan struktur dan dimensi bertimbangrasa sebagaimana dipersepsikan oleh guru-guru. Kajian ini bertujuan melihat persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar, hubungan gaya kepimpinan guru besar dan tahap kepuasan bekerja guru-guru dan perbezaan gaya kepimpinan antara guru besar. Reka bentuk Rekabentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif jenis tinjauan sampel. Responden kajian terdiri daripada 196 orang guru dan 9 orang guru penolong kanan dari tiga buah sekolah rendah di Zon Seremban 2, Daerah Seremban di mana mereka mempunyai hubungan yang rapat dalam menentukan kelancaran perjalanan sekolah tersebut. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temubual. Kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13.0 untuk mendapatkan nilai skor min dan peratus. Beberapa cadangan diketengahkan agar guru besar dapat memahamidan menggunapakai gaya kepimpinan yang sesuai dan dapat memberi kepuasan bekerja kepada guru-guru

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2717
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:31 Jul 2012 15:52
Last Modified:31 Jul 2012 15:52

Repository Staff Only: item control page