Tinjauan terhadap kemurungan dalam kalangan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Paisan, Mohd Farhan 'Uzair (2008) Tinjauan terhadap kemurungan dalam kalangan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
MOHD FARHAN 'UZAIR PAISAN - 24p.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD FARHAN 'UZAIR PAISAN - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (760kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD FARHAN 'UZAIR PAISAN - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB) | Request a copy

Abstract

Kemurungan adalah salah satu penyakit mental yang semakin menular setiap hari serta turut dialami oleh para pelajar universiti. Tanpa tindakan sewajarnya, pelajar akan berada pada satu tahap kritikal sehinggalah kepada percubaan untuk membunuh diri. Satu kajian tinjauan dilakukan untuk mengenal pasti dan memahami mengenai kemurungan yang dialami dalam kalangan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor. Kajian ini menumpukan kepada tiga faktor yang menyebabkan kemurungan iaitu faktor kepenatan, faktor kognitif dan emosi serta faktor motivasi akademik. Tindakan pelajar dalam menangani kemurungan turut dikaji berdasarkan tindakan positif dan tindakan negatif. Dalam kajian ini, seramai 366 orang pelajar daripada enam fakulti di UTHM telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Borang soal selidik telah diadaptasi daripada University Student Depression Inventory (Khawaja et al.,2006). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science Version 16 (SPSS v 16). Kaedah analisis deskriptif digunakan bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan skor min. Hasil kajian mendapati bahawa faktor utama yang menyebabkan kemurungan pelajar adalah faktor kepenatan diikuti oleh faktor motivasi akademik dan yang terakhir adalah faktor kognitif dan emosi. Tahap kemurungan keseluruhan pelajar pula berada pada tahap rendah. Tindakan yang telah pelajar lakukan bagi menangani kemurungan adalah lebih menjurus kepada tindakan positif berbanding tindakan negatif. Kesimpulannya adalah para pelajar di UTHM secara keseluruhannya mengalami kemurungan di tahap yang rendah serta melakukan tindakan yang positif dalam mengatasi kemurungan. Beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai tindakan lanjutan pada akhir kajian.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: R Medicine > RC Internal medicine > RC346-429 Neurology. Diseases of the nervous system Including speech disorders > RC435-571 Psychiatry > RC512-569.5 Psychopathology > RC530-552 Neuroses
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 01 Nov 2021 06:12
Last Modified: 01 Nov 2021 06:12
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2721

Actions (login required)

View Item View Item