Gaya pembelajaran pelajar cemerlang – satu kajian dalam membantu meningkatkan kualiti pembelajaran

Mohd Faiz, Nur Sofurah and Mohamed , Maziana and Zahit, Rosfaszlizah Gaya pembelajaran pelajar cemerlang – satu kajian dalam membantu meningkatkan kualiti pembelajaran. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVE06) , 9-10 Disember 2006, Johor Bahru, Johor.

[img]
Preview
PDF
152Kb

Abstract

Pelajar cemerlang merupakan kebanggaan dan pemangkin dalam kecemerlangan akademik. Setiap pelajar termasuk golongan pelajar cemerlang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dalam mencapai kecemerlangan mereka dalam akademik. Maka satu kajian dilakukan bagi mengkaji gaya pembelajaran pelajar cemerlang dalam menjalani proses pembelajaran mereka. Kajian ini bertujuan mengenalpasti gaya pembelajaran yang diamalkan mengikut keutamaan pelajar cemerlang bagi membantu meningkatkan proses pembelajaran pelajar-pelajar lain dan juga membantu pihak universiti dalam merangka usaha-usaha tertentu dalam menjadikan amalan mereka sebagai ikutan amalan pelajar-pelajar lain. Seramai 146 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar cemerlang kursus Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan Teknikal, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Mereka diberi soal selidik yang bertujuan mengenalpasti gaya pembelajaran yang diamalkan mereka berdasarkan empat model gaya pembelajaran yang diperkenalkan Dunn dan Dunn iaitu Gaya Pembelajaran Alam Sekitar, Emosi, Sosiologi dan Fizikal. Soal selidik yang diedarkan kepada mereka dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science Version 11.5 (SPSSv11.5). Hasil kajian menunjukkan pelajar cemerlang mengamalkan kempat-empat gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran yang menjadi keutamaan mereka adalah Gaya Pembelajaran Emosi diikuti Gaya Pembelajaran Sosiologi, Gaya Pembelajaran Fizikal dan Gaya Pembelajaran Alam Sekitar. Namun begitu, Gaya Pembelajaran Emosi berada pada tahap yang tinggi berbanding gaya lain yang hanya berada pada tahap sederhana. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kajian ini, maka tindakan boleh dilakukan terutama pelajar, ibu bapa, pensyarah seterusnya pihak universiti bagi merangka aktiviti-aktiviti dan usaha-usaha yang sewajarnya dalam meningkatkan kualiti pembelajaran semua pelajar seterusnya menjana insan berkualiti untuk negara.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2743
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:08 Nov 2012 10:50
Last Modified:08 Nov 2012 10:50

Repository Staff Only: item control page