Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam menguasai mata pelajaran kejuruteraan di di politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Madar, Ahmad Rizal and Kamaruddin , Nurul Akmar and Puteh, Saifullizam Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam menguasai mata pelajaran kejuruteraan di di politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. In: Seminar Pendidikan JPPG 2005, 2005, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
274Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor (sikap, minat, kaedah pembelajaran pelajar, persekitaran atau iklim politeknik dan pengajaran pensyarah) yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam menguasai mata pelajaran kejuruteraan (Sistem Elektronik 1). Selain dari itu, tujuan kajian ini juga adalah untuk melihat kepada perhubungan di antara faktor yang dikaji dengan pencapaian pelajar serta untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar di antara Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Dungun Terengganu (PDT). Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar diploma semester dua yang telah mengambil mata pelajaran ini. Sampel kajian seramai 136 orang pilihan secara rawak. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Faktor sikap (α = 0.8406), faktor minat (α = 0.8512), faktor kaedah pembelajaran pelajar (α = 0.7330), faktor persekitaran atau iklim politeknik (α = 0.9028) dan faktor pengajaran pensyarah (α = 0.8037). Daripada min lima faktor yang dikaji, didapati faktor sikap (3.73), faktor pesekitaran atau ilklim politeknik (3.73) dan faktor pengajaran pensyarah (3.57) adalah faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Terdapat hubungan yang sederhana positif di antara faktor sikap, faktor minat dan kaedah pembelajaran pelajar dalam menguasai mata pelajaran Sistem Elektronik 1, manakala faktor iklim atau persekitaran politeknik dan faktor pengajaran pensyarah menunjukkan hubungan positif yang lemah. Kaedah pembelajaran pelajar dan pengajaran pensyarah adalah merupakan faktor yang paling mempengaruhi pencapaian pelajar di PDT tetapi tidak di PSA dan PUO. Sebagai kesimpulan terhadap kajian ini, menunjukkan bahawa faktor sikap, iklim atau persekitaran politeknik dan pengajaran pensyarah adalah merupakan faktor yang berpengaruh dalam menentukan pencapaian dalam mata pelajaran Sistem Elektronik 1.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2748
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:08 Nov 2012 11:11
Last Modified:08 Nov 2012 11:11

Repository Staff Only: item control page