Kualiti pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dari aspek pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif

Masro, Norawati (2003) Kualiti pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dari aspek pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
NORAWATI MASRO - 24p.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NORAWATI MASRO - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (765kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORAWATI MASRO - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB) | Request a copy

Abstract

Pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif merupakan pembelajaran yang perlu ditekankan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di institusiinstitusi pengajian tinggi. Ketiga-tiga aspek pembelajaran tersebut amat penting bagi melahirkan graduan yang mempunyai ketrampilan yang tinggi dari segi kreativiti, berinovatif, berkaliber, berkompetensi serta mempunyai motivasi kendiri yang tinggi. Kajian ini adalah satu kajian untuk menilai kualiti pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar Saijana Muda Kejuruteraan Elektrik di KUiTTHO. Kajian ini meninjau pengalaman pembelajaran di dalam kelas dan di makmal/bengkel dari aspek pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif. Responden terdiri daripada empat puluh orang pelajar Saijana Muda Kejuruteraan Elektrik semester akhir yang dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah jenis soal selidik di mana penilaian dilakukan berdasarkan persepsi responden terhadap pengalaman pembelajaran yang ditempuhi sepanjang pengajiannya serta menjalankan sesi temubual dengan beberapa orang responden. Data-data yang dikumpulkan, dianalisis menggunakan SPSS version 11.0 yang melibatkan skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan kualiti keseluruhan pengalaman pembelajaran pelajar adalah di tahap sederhana (skor min = 3.49). Bagi pengalaman pembelajaran di dalam kelas dan makmal, kualitinya adalah di tahap sederhana (skor min = 3.31 dan 3.67 masing-masing). Sementara kualiti keseluruhan pengalaman pembelajaran dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif juga berada di tahap sederhana (skor min = 3.50, 3.39 dan 3.57 masing-masing). Oleh itu, berdasarkan kualiti pengalaman pembelajaran pelajar yang sederhana ini, pengkaji telah membina satu produk cadangan iaitu Sistem Senarai Semak Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran bagi membantu pihak pengurusan akademik KUiTTHO meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dari ketiga-tiga aspek kognitif, psikomotor dan afektif.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 01 Nov 2021 06:47
Last Modified: 01 Nov 2021 06:47
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2759

Actions (login required)

View Item View Item