Kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pendidikan alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah

Md Yunos, Norliana (2011) Kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pendidikan alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NORLIANA MD YUNOS.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NORLIANA MD YUNOS COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORLIANA MD YUNOS WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Pembelajaran koperatif merupakan satu teknik pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam topik Pendidikan Alam Sekitar, pelajar didapati agak lemah dalam memahami sesuatu istilah dan tidak dapat mengaitkan topik dengan pengalaman serta persekitaran mereka. Sebelum ini, pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan guru. Pembelajaran koperatif pula hanya melibatkan mata pelajaran yang menggunakan makmal atau bengkel. Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan pembelajaran berkumpulan terhadap pencapaian pelajar dalam Pendidikan Alam Sekitar melalui mata pelajaran Geografi. Bentuk kajian yang digunakan ialah kuasi-eksperimen yang dijalankan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca ke atas kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Sampel kajian adalah dua kumpulan pelajar tingkatan 1 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar di negeri Johor. Sampel kajian terdiri daripada 37 orang pelajar kumpulan eksperimen dan 35 orang pelajar kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen merupakan kumpulan yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif manakala kumpulan kawalan diajar tanpa pembelajaran koperatif. Instrumen kajian ialah ujian pencapaian, borang soal selidik, jadual pemerhatian dan temubual. Hasil kajian mendapati min pencapaian kumpulan eksperimen adalah tinggi iaitu 18.16 berbanding dengan min kumpulan kawalan, iaitu 13.91. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian bagi pelajar yang menjalani pembelajaran koperatif berbanding dengan pelajar yang tidak mengamalkan kaedah pembelajaran tersebut. Pelajar juga dapat menerima penggunaan pembelajaran koperatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, pembelajaran koperatif bukan sahaja dapat meningkatkan hasil malah dapat meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 01 Nov 2021 07:05
Last Modified: 01 Nov 2021 07:05
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2770

Actions (login required)

View Item View Item