Satu analisa ke atas kelemahan-kelemahan yang membolehkan berlakunya kompromi di dalam keselamatan rangkaian komputer

Hamid Ali, Firkhan Ali and Mohd Sukri, Khairul Amin and Salamat, Mohamad Aizi and Monhadi, Norsalina Satu analisa ke atas kelemahan-kelemahan yang membolehkan berlakunya kompromi di dalam keselamatan rangkaian komputer. In: Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-18, 16-19 September 2005 , Terengganu.

[img]
Preview
PDF
74Kb

Abstract

Kemungkinan wujudnya kompromi di dalam keselamatan rangkaian komputer boleh berlaku daripada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada setiap nod di dalam sistem tersebut. Biasanya kelemahan-kelemahan ini wujud tanpa disedari kehadirannya secara nyata.Kelemahan-kelemahan ini boleh dikesan dan dianalisa terlebih dahulu sebelum ia dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menyerang sistem rangkaian komputer.Proses ‘vulnerability scanning’ telah dilaksanakan di Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia (FTMM), Kolej Univerisiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) untuk mengenalpasti dan menganalisa kelemahan-kelemahan yang terdapat pada sistem rangkaian komputer [2]. Hasil daripada kajian tersebut, kelemahan-kelemahan yang wujud telah dianalisa dari segi jenis-jenis kemungkinan serangan, jenis-jenis data atau maklumat yang berkemungkinan rosak atau hilang dan jenis – jenis kelemahan yang merujuk kepada pengkompromian terhadap sistem rangkaian komputer tersebut terutama di FTMM, KUiTTHO.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK5101-5865 Telecommunication. Telegraph.
Divisions:Faculty of Science Computer and Information Technology > Department of Information System
ID Code:2803
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:08 Nov 2012 14:34
Last Modified:08 Nov 2012 14:34

Repository Staff Only: item control page