Kesediaan pengetahuan celik komputer bagi memenuhi keperluan kerjaya bersifat k-worker: satu tinjauan di kalangan pelatih-pelatih pusat latihan kemahiran

Ab Hadi, Mohd Yusop Kesediaan pengetahuan celik komputer bagi memenuhi keperluan kerjaya bersifat k-worker: satu tinjauan di kalangan pelatih-pelatih pusat latihan kemahiran. In: Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-18, 16-19 September 2005 , Terengganu.

[img]
Preview
PDF
63Kb

Abstract

Kajian ini mengenalpasti kesediaan pengetahuan celik komputer pelatih-pelatih pusat latihan kemahiran untuk menjadi k-worker bagi memenuhi perminatan majikan terutamanya majikan sesebuah industri. Responden kajian terdiri daripada 638 pelatih-pelatih pusat latihan kemahiran. Data-data diperolehi melalui instrumen soalselidik. Kesediaan mereka dilaporkan dalam bentuk min dan sisihan piawai. Berdasarkan kepada kajian ini dapat dirumuskan bahawa sebahagian besar daripada pelatih-pelatih telah bersedia dengan atribut-atribut pengetahuan celik komputer. Namun begitu terdapat beberapa aspek pengetahuan celik komputer yang pelatih-pelatih belum begitu bersedia bagi memenuhi permintaan industri. Melalui kajian ini juga dapat dikesan beberapa atribut pengetahuan pengetahuan celik komputer yang boleh dipertingkatkan lagi di kalangan pelatih-pelatih pusat latihan kemahiran.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2809
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:08 Nov 2012 15:02
Last Modified:08 Nov 2012 15:02

Repository Staff Only: item control page