Nordin, Mohd Zahari (2002) Penglibatan usahawan dalam perlaksanaan kerja kecil di Majlis Perbandaran Batu Pahat : satu kajian kes. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Text (Copyright Declaration)
MOHD. ZAHARI BIN NORDIN - declaration.pdf Restricted to Repository staff only Download (283kB) | Request a copy |
||
|
Text (24 pages)
MOHD. ZAHARI BIN NORDIN - 24p.pdf Download (1MB) | Preview |
|
Text (Full Text)
MOHD. ZAHARI BIN NORDIN - fulltext.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) | Request a copy |
Abstract
Aktiviti pembangunan di Malaysia yang aktif dewasa kini telah menarik ramai pihak untuk teriibat sebagai kontraktor pembinaan khususnya kaum Bumiputera. Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera yang berdaya saing bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, para usahawan yang menceburkan diri dalam bidang pembinaan khususnya sebagai kontraktor kecil menghadapi pelbagai masalah sehingga ada yang terpaksa gulung tikar. Kontraktor kecil yang mendapatkan projek daripada kontraktor utama atau pihak swasta terutamanya, turut menghadapi masalah dalam periaksanaan operasi. Antaranya iaiah sukar mendapatkan modal dari institusi kewangan, kelewatan dalam mendapatkan bayaran dari kerja yang telah dilaksanakan dan sebagainya. Sejajar dengan perancangan pihak kerajaan untuk menyalurkan kerja kecil untuk dilaksanakan oleh kontraktor Kelas F. Maka, sektor kerajaan diiihat sebagai salah satu pihak yang boleh dijadikan tumpuan utama di kalangan kontraktor kecil khususnya Kelas F untuk mendapatkan peiuang kerja. Kajian ini dijalankan bagi mengenaipasti skop kerja kecii yang ditawarkan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat kepada para usahawan, mengenaipasti kaedah pengagihan kerja kecil yang diamalkan, mengenaipasti kriteria-kriteria yang dipertimbangkan dalam memilih kontraktor untuk melaksanakan kerja kecil yang ditawarkan, mengenaipasti masalahmasaiah syarikat kontraktor yang pemah melaksanakan kerja kecil yang ditawarkan dan seterusnya mengenaipasti latar belakang pendidikan kontraktor teriibat. Proses pengumpulan data utama dibuat dengan mendapatkan maklumbalas daripada pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat dan juga di kalangan kontraktor Kelas F bagi menjawab persoalan kajian. Hasil dari kajian yang dijalankan telah mengenaipasti bahawa terdapat 32 skop kerja kecil yang ditawarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat kepada para usahawan. Kerja kecil tersebut diagihkan kepada para kontraktor melalui tiga kaedah utama iaitu melalui undian, lantikan terus dan sebutharga. Terdapat pelbagai kriteria yang dipertimbangkan dalam proses pemilihan kontraktor bergantung kepada kaedah pengagihan yang digunakan. Di akhir kajian, satu produk iaitu Modul Keusahawanan Kerja Kecil dibangunkan berdasarkan kepada hasil kajian yang telah diperolehi.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory > HB522-715 Income. Factor shares > HB615-715 Entrepreneurship. Risk and uncertainty. Property |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Nur Nadia Md. Jurimi |
Date Deposited: | 01 Nov 2021 08:05 |
Last Modified: | 01 Nov 2021 08:05 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2820 |
Actions (login required)
View Item |