Keperluan pembelajaran sepanjang hayat bagi tenaga pengajar di Institut Latihan Kemahiran di Malaysia

Mohamad, Mimi Mohaffyza and Che Razali, Che Munira Keperluan pembelajaran sepanjang hayat bagi tenaga pengajar di Institut Latihan Kemahiran di Malaysia. In: The 3rd Malaysian Technical Universities Conference on Engineering and Technology (MUCEET2009), 20-22 June 2009, Kuantan, Pahang.

[img]
Preview
PDF
125Kb

Abstract

Keperluan latihan dan pendidikan berterusan adalah kerana tekanan perubahan ekonomi, kemajuan teknologi dan persekitaran global menyebabkan berlakunya perubahan persekitaran di tempat kerja. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah kombinasi proses pembelajaran secara berterusan di mana seluruh individu dan minda melalui situasi yang berubah-ubah untuk menghasilkan perubahan berterusan seseorang. Polisi PSH adalah sebahagian usaha kerajaan Malaysia untuk pelaburan terhadap rakyat. Pembangunan sumber manusia berterusan untuk mengekalkan strategi utama memastikan tenaga pekerja di Malaysia mampu bersaing di peringkat global. PSH menjadi wacana kepada latihan pendidikan untuk meningkatkan prestasi, kerja dan pengetahuan, kemahiran dan tahap pendidikan seseorang individu. Fokus terhadap pengisisan PSH di dalam kajian ini adalah untuk mengkaji keperluan PSH dalam kalangan tenaga pengajar di institut latihan kemahiran di Malaysia. Objektif kajian adalah untuk menganalisis kemahiran sedia ada tenaga pengajar sama ada sesuai atau tidak dengan kehendak industri, mengenalpasti latihan yang diperlukan, mengkaji hubungan yang signifikan terhadap perlaksanaan PSH untuk meningkatkan kemahiran teknikal tenaga pengajar dan berdasarkan daripada keperluan-keperluan yang dianalisis satu profil PSH akan dihasilkan. Kajian akan dijalankan di dua buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan kursus-kursus di peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan dalam bidang kemahiran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perlaksanaan PSH di institut berkenaan dan hasil dari maklumbalas dan dokumen-dokumen yang diperolehi satu profil PSH khusus untuk tenaga pengajar kemahiran akan dibangunkan. Teori perlaksanaan PSH oleh Micheal dan Diane yang telah diubahsuai dari mengikut kesesuaian kajian akan digunakan sebagai panduan pembangunan profil ini di samping data-data uyang diperolehi dari institut kemahiran yang dipilih sebagai lokasi kajian. Sesi temubual, dokumen analisis dan edaran soal selidik adalah instrumen yang akan digunakan untuk membangunkan item-item profil PSH bagi tenaga pengajar institut latihan kemahiran.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2851
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:23 Nov 2012 20:19
Last Modified:23 Nov 2012 20:19

Repository Staff Only: item control page