Pengaruh adukan dan kepekatan partikel silicon karbida sebagai penguat terhadap kelakuan salutan komposit matriks nikel

Badarulzaman, Nur Azam (2010) Pengaruh adukan dan kepekatan partikel silicon karbida sebagai penguat terhadap kelakuan salutan komposit matriks nikel. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
910Kb

Abstract

Di dalam penyelidikan ini, salutan komposit matriks nikel (Ni) yang diperkuat dengan partikel silikon karbida (Sic) telah diendapkan ke atas substrat keluli lembut secara sadur elektrik. Penyelidikan ini dijalankan dalam tiga peringkat kajian: Peringkat I, Peringkat I1 dan Peringkat 111. Peringkat I melibatkan pengelektroendapan nikel tulen menerusi elektrolit Watts pada suhu 21-22°C dan julat ketumpatan arus daripada 10 mNcm2 kepada 50 mA/cm2. Dengan menggunakan ketumpatan arus 30 mA/cm2 salutan nikel tulen yang paling keras iaitu 293 Hv terhasil. Ketumpatan arus ini digunakan pada kedua-dua peringkat ujikaji. Peringkat I1 bertujuan mendapatkan salutan komposit Ni-Sic dengan menggunakan ketumpatan arus 30 mA/cm2, elektrolit Watts pada suhu 21-22°C yang mengandungi partikel Sic bersaiz 10 pm pada julat kepekatan 5 g/l - 25 g/l, pengadukan pada kadar 75 rpm serta 150 rpm dan kaedah elektrod statik. Analisis mikroskop optik dan SEMEDX membuktikan salutan Ni-Sic berjaya diperolehi. Peratus pengendapan Cjisim dan isipadu) partikel Sic dalam salutan adalah berkadar terus dengan peningkatan kadar pengadukan serta kepekatan partikel Sic dalam elektrolit. Peringkat 111 bertujuan untuk menghasilkan salutan komposit Ni-Sic, dengan menggunakan saiz partikel Sic yang lebih kecil iaitu 1 pm. Parameter di dalam Peringkat I1 dikekalkan dengan perincian julat pengadukan iaitu 50 rpm - 150 rpm. Analisis mikroskopi clan EDX menunjukkan salutan Ni-Sic telah berjaya dihasilkan. Hubungan linear dan parabola telah diperolehi antara kekerasan dan pengendapan partikel Sic dalam salutan dengan peningkatan kadar pengadukan dan kepekatan Sic di dalam elektrolit. Berdasarkan kepada analisis XRD, satah pembelauan Ni (111) didapati paling dominan bagi salutan Ni dan Ni-Sic yang terhasil pada ketumpatan arus 30 m.4/cm2 serta menyumbang kepada nilai kekerasan yang tinggi selain partikel Sic.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials
ID Code:2867
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:06 Dec 2012 15:01
Last Modified:06 Dec 2012 15:01

Repository Staff Only: item control page