Kelangsungan nilai Asia dalam era pasca modenisasi dan globalisasi: satu survival komuniti di Asia Tenggara

Jaes, Lutfan Kelangsungan nilai Asia dalam era pasca modenisasi dan globalisasi: satu survival komuniti di Asia Tenggara. In: lnternational Seminar on Community Development (SAPKO 2012), 7-9 April 2012, Terengganu.

[img]
Preview
PDF
760Kb

Abstract

Selepas tamat era Perang Dingin, negara-negara yang mempunyai persarnaan budaya telah bekerjasama dari segi ekonomi dan politik. Kesatuan Eropah sebagai contoh dilihat lebih berjaya berbanding perlubuhan lainnya yang cuba untuk merentasi budaya. Dl satu sudut yang lain, komuniti di Asia dan Islam secara bersendirian dan kadang-kadangnya secara bersama berani mengakui keunggulan mereka berbanding Barat (Huntington, 2008: 135). Nilai-Nilai Asia adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa negara-negara di Asia rnempunyai satu set lembaga dan ideologi unik mencerrninkan budaya daerah dan sejarahnya tersendiri. Malah terdapat perbezaan nilai unik yang dibezakan melalui kawasan geografi khususnya pada negara-negara Asia Tenggara (Han Sung Joo, 1999:4- 5). Nilai-nilai Asia seperti negara berkebajikan, bimbingan dan perlindungan terhadap pe~sahaan, utamakan kumpulan berbanding individu, susunan sosial, sifat harrnoni dan disiplin dilihat membantu pernbangunan awal industri dan pra-globalisasi. Namun dernikian ia juga dilihat menjadi batu penghalang bagi rnenyesuaikan diri dengan era baharu yang rnemerlukan sifat saling bergantungan. Oleh yang demikian kertas kerja ini cuba menyelusur kelangsungan Nilai-nilai Asia di kalangan komuniti khususnya di Malaysia (nilai Melayu Islam), Singapura (nilai Konfusian) dan Indonesia (nilai Jawa). Ketiga-tiga negara (serta nilainya) menjadi perhatian kerana dominan "rnenjuarai" doktrin ini yang diterjemahkan oleh gaya kepirnpinan pemirnpin rnereka suatu rnasa dahulu iaitu Mahathir, Lee Kuan Yew dan Soeharto. Kertas kerja dirnulakan dengan perdebatan kewujudan nilai Asia itu sendiri, sebelurn membincangkan cabaran dalarn era pascamodenisasi, globalisasi dan pembaratan. Seterusnya akan dibincangkan usaha-usaha berterusan transforrnasi ke arah penyuburan serta survival Nilai-nilai Asia positif demi kegemiiangan dan kelangsungan kornuniti di Asia Tenggara.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:nilai Asia; nilai Barat; kepimpinan
Subjects:D History General and Old World > DS Asia
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:2887
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:24 Dec 2012 15:51
Last Modified:24 Dec 2012 15:51

Repository Staff Only: item control page