Peranan kokurikulum di universiti dalam membentuk keterampilan mahasiswa

Esa, Ahmad and Jamaludin, Hisham (2009) Peranan kokurikulum di universiti dalam membentuk keterampilan mahasiswa. In: International Conference on Teaching and Learning in Higher Education 2009 (ICTLHE09), 23-25 November 2009, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF
70Kb

Abstract

Kokurikulum merupakan aktiviti berfaedah yang mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar. Walau bagaimanapun, kajian mengenai keterampilan pelajar melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum kurang diberikan perhatian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keterampilan dalam kalangan Pelajar Tahun Akhir Semester 1 2008/2009 Fakulti Pendidikan Teknikal, UTHM melalui penglibatan dalam mata pelajaran kokurikulum. Keterampilan pelajar dilihat dari tiga faktor penyumbang iaitu penglibatan pelajar, peranan pensyarah/jurulatih dan infrastruktur. Skop kajian ini melibatkan empat aspek keterampilan iaitu kemahiran komunikasi, kepimpinan, bekerja dalam kumpulan dan penampilan diri yang kemas. Sampel kajian adalah seramai 107 orang. Reka bentuk kajian ini merupakan kaedah tinjauan kuantitatif. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dan hasil dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan statistik deskriptif seperti kekerapan, min, dan peratus. Keputusan yang diperolehi mendapati bahawa tahap keterampilan pelajar setelah mengikuti mata pelajaran kokurikulum adalah tinggi. Dapatan kajian untuk peranan pensyarah/jurulatih dan kemudahan infrastruktur juga adalah tinggi bagi meningkatkan keterampilan diri pelajar melalui aktiviti kokurikulum. Dapatlah disimpulkan daripada kajian ini bahawa akiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar mampu meningkatkan keterampilan diri dalam usaha untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sebelum menempuh alam pekerjaan yang lebih mencabar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:mahasiswa; kokurikulum
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:292
Deposited By:Faizul Sahari
Deposited On:11 May 2010 14:27
Last Modified:04 Mar 2013 16:17

Repository Staff Only: item control page