Tahap kecenderungan calon SPM terhadap program latihan kerjaya di institut latihan kemahiran awam : satu kajian kes di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman, Batu Pahat

Jaffar, Farhah (2001) Tahap kecenderungan calon SPM terhadap program latihan kerjaya di institut latihan kemahiran awam : satu kajian kes di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman, Batu Pahat. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
FARHAH JAFFAR - 24p.pdf

Download (958kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
FARHAH JAFFAR - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (274kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
FARHAH JAFFAR - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertajuk " Tahap kecenderungan calon SPMterhadap program latihan kerjaya di Institusi Latihan Kemahiran Awam : satu kajian kes di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman, Batu Pahat". Secara keseluruhannya, objektif kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman terhadap peluang latihan yang wujud di Institut Latihan Kemahiran Awam seperti politeknik, Institut Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian, Pusat Giat Mara dan Pusat Belia Negara. Juga untuk mengenalpasti penyebaran maklumat yang disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling berkaitan dengan peluang latihan yang wujud di Institut Latihan Kemahiran Awam. Kajian ini merapakan satu kajian kes berbentuk deskriptif di mana responden yang terlibat adalah seramai 153 orang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman yang merapakan calon SPM untuk tahun2001. Manakala temubual berstruktur juga dijalankan bersama guru dari Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah yang sama untuk menjelaskan lagi perkhidmatan yang disediakan oleh unit tersebut dalam usaha menyalurkan maklumat berkaitan Institut Latihan Kemahiran Awam kepada pelajar. Oleh itu data yang diterima adalah berasaskan borang soal selidik dan sesi temual berstruktur. Penganalisaan dibuat dengan menggunakan kaedah peratusan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Institut Latihan Kemahiran Awam ini juga mendapat tempat di kalangan pelajar atau calon SPM namun begitu maklumat-maklumat yang terkini perlulah diperbanyakkan untuk memastikan bahawa pelajar mendapat maklumat yang jelas dan tepat berkaitan institut tersebut.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1041-1048 Vocational education (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 02 Nov 2021 00:52
Last Modified: 02 Nov 2021 00:52
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2946

Actions (login required)

View Item View Item