Pembangunan sistem pangkalan data e-inventori makmal: makmal kejuruteraan awam dan makmal teknologi kejuruteraan pembinaan & alam sekitar

Ab Aziz, Haslinda (2003) Pembangunan sistem pangkalan data e-inventori makmal: makmal kejuruteraan awam dan makmal teknologi kejuruteraan pembinaan & alam sekitar. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
HASLINDA HJ AB AZIZ - 24p.pdf

Download (1MB) | Preview
[img]
Preview
Text (Copyright Declaration)
HASLINDA HJ AB AZIZ - declaration.pdf

Download (379kB) | Preview
[img] Text (Full Text)
HASLINDA HJ AB AZIZ - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk membina Sistem Pangkalan Data e-inventori makmal bagi Makmal Kejuruteraan Awam (MKA) dan Makmal Teknologi Kejuruteraan Pembinaan dan Alam Sekitar (MTKPAS) KUiTTHO. Dengan pembinaan sistem ini adalah untuk mengenalpasti samada sistem yang dibina dapat memudahkan para pengguna serta kepada pihak pengurusan makmal MKA dan MTKPAS KUiTTHO. Sistem ini direkabentuk dengan mempunyai beberapa ciri iaitu dapat menjimatkan masa dan wang (kos), mudah digunakan dan diminati semua pengguna. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Access 2000. Seramai 19 responden yang terdiri daripada juruteknik MKA dan MTKPAS, KUiTTHO dipilih bagi menjawab soal selidik yang dijalankan. Penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 10.0. Data dianalisa secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan juga purata min. Daripada analisis data yang diperolehi, purata min keseluruhan adalah sebanyak 4.523 dengan nilai sisihan paiwai 0.56. Nilai purata min keseluruhan telah menunjukkan bahawa hampir keseluruhan juruteknik bersetuju dengan sistem tersebut. Walau bagaimanapun beberapa cadangan diusulkan untuk memperkemaskan lagi sistem pangkalan data yang dihasilkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA329-348 Engineering mathematics. Engineering analysis
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 02 Nov 2021 00:53
Last Modified: 02 Nov 2021 00:53
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2948

Actions (login required)

View Item View Item